Kenapa perlu bagi 'senjata' tapi dia 'tikam' kita semula - ADUN Amanah

SHAH ALAM: Seorang ADUN Amanah Selangor mengalu-alukan tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekiranya Menteri Besar itu mengambil pendekatan membekukan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat PAS di negeri ini.

Berkata kepada Antarapos, ADUN Morib, Hasnul Baharuddin menyifatkan langkah tersebut sebagai sesuatu yang wajar memandangkan pendirian PAS yang jelas mengumumkan mahu meletakkan calon mereka menentang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Keputusan Menteri Besar nak bekukan peruntukan untuk ADUN PAS, saya alu-alukan. Tapi tak pasti sama ada Menteri Besar mahu bertindak sebegitu, saya tak pasti. Itu hak dia," katanya.

Hasnul merupakan bekas ADUN PAS, yang mengambil keputusan menyertai Amanah ekoran krisis dalaman PAS pada 2015. Turut berbuat demikian adalah ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Hasnul menambah, tindakan meneruskan peruntukan kawasan kepada ADUN PAS hanya akan mengundang padah buat PH.

"Wajar sangat sebab kita dalam menghadapi pilihan raya ini memang jelas (di antara) Pakatan Harapan, Barisan Nasional dengan PAS. PAS dengan sikapnya yang tak konsisten, kejap nak bersendirian, sekejap sokong Umno. Maka hasilnya akan menyusahkan Pakatan Harapan juga.

"Kita bagi dia senjata suruh dia (PAS) tikam kita balik buat apa," katanya lagi.     

Semalam, Azmin dalam kenyataannya berkata masalah peruntukan berkenaan kemungkinan berpunca daripada kelewatan perbendaharaan negeri yang mengambil sedikit masa dalam menyalurkan dana tersebut kepada pejabat daerah.

Azmin turut memberi teguran kepada ADUN PAS untuk tidak mengheret pihak Istana dan Sultan Selangor dalam isu berkenaan kerana ia merupakan tindakan kebudak-budakkan.

Beliau sebaliknya menyarankan mana-mana ADUN PAS yang berdepan dengan masalah berkenaan agar mengambil pendekatan berbincang dengan pegawai daerah atau berjumpa sendiri dengannya.

Isu sekatan peruntukan kepada semua 13 ADUN PAS Selangor dan lima penyelaras DUN oleh kerajaan negeri sudah mula bertebaran hujung tahun lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi, beliau diberitahu oleh Bendahari Selangor bahawa segala peruntukan kawasan kepada wakil rakyat PAS negeri dan penyelaras DUN telah disekat, dan adalah dipercayai arahan itu daripada Azmin.

Justeru Sallehen berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Selangor jika isu pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat PAS tidak diselesaikan segera.

Namun menurut Sallehen, pihaknya akan meminta penjelasan Azmin terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana