Kenapa Pakatan Harapan kutip Mahathir?

PAS mempersoalkan kredibiliti pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang ‘mengutip’ semula Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun pernah mengecam bekas Perdana Menteri itu dengan pelbagai gelaran yang negatif.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata pendirian terbaharu PKR, DAP dan PAN itu merupakan petanda bahawa keempat-empat parti sanggup melakukan apa sahaja strategi bagi memperoleh kuasa pemerintahan termasuk mencalonkan Pengerusi PPBM itu itu sebagai Perdana Menteri Ke-7.

“Dahulu PKR, DAP dan PAN kata Dr Mahathir sebagai ‘mahazalim’, ‘mahafiraun’, serta mengadakan demonstrasi dengan melaung-laungkan slogan ‘reformasi’, ‘undur Mahathir’ dan sebagainya.

“Hari ini mereka bukan sahaja tak suruh undur, sebaliknya ambil balik Mahathir,” katanya hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Fastaqim 2.4 di Seksyen 17, Shah Alam.

Pada 7 Januari lalu, pimpinan PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan pembangkang terbesar negara itu memenangi pilihan raya umum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana