KEKAYAAN ANAK-ANAK BUKTI MAHATHIR TAK KETINGGALAN

Kejayaan anak-anak Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam perniagaan membuktikan orang Melayu tidak ketinggalan dalam mencari kekayaan di negara ini.

Sehubungan itu Dr. Mahathir yang kini dicalon sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan tidak harus memperlekeh dan tidak memandang rendah kepada bangsa Melayu kerana beliau juga dibesarkan dalam adat budaya dan nilai hidup sama.

UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melahirkan ramai tokoh perniagaan dan profesional Melayu dalam pelbagai bidang.

Bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Perdana Menteri 22 tahun itu perlu juga melihat kejayaan anaknya, Tan Sri Mokhzani, yang juga antara 10 tokoh perniagaan kaya yang tergolong dalam kelompok bangsa yang disifatkan malas oleh bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak berasas dan tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

“Banyak aspek kita perlu perkukuhkan termasuk menanam budaya ke arah mementingkan pendidikan kerana kemiskinan bukan harta pusaka yang akan diwarisi dari generasi kepada generasi lain.

“Sungguhpun ketinggalan, kita tidak akan meninggalkan kelompok ini kerana matlamat kita membentuk masyarakat yang tiada dalam kelompok miskin bandar, membela perjuangan bangsa dan mempertingkatkan kehidupan lebih baik.

“Misalnya masyarakat Cina begitu bermurah hati dan mereka bukan semuanya kaya raya, tetapi sanggup memberi untuk kemudahan (pendidikan) anak mereka, justeru kita juga perlu mencontohi sikap mereka,” katanya.

Katanya, kerana itu kerajaan perlu terus membimbing mana-mana individu yang berpotensi, bukannya terus menyalah dan membiarkan mereka.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa budaya dan nilai hidup yang dipegang masyarakat Melayu di negara ini menyebabkan kaum itu ketinggalan.

Dr Mahathir baru-baru ini mendakwa orang Melayu juga didapati kurang tekun bekerja, kurang rajin dan kadangkala kurang amanah.

Namun Dr. Mahathir kini kini tidak sedar bahawa perjuangan UMNO juga telah berjaya merintis jalan kepada orang Melayu untuk mencebutrkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan, sama ada berskala kecil atau besar.

Malah tanpa UMNO juga mungkin Dr. Mahathir juga tidak merasai jawatan Perdana Menteri dalam tempoh begitu lama dan kini mahu kembali lagi kepada kedudukan itu jika Pakatan Harapan menang. – Kedahnews.com.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana