JANGAN SAMPAI ANWAR KENA TIPU LAGI, PESAN NALLA

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP dipercayai tidak akan melepaskan jawatan tersebut jika pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Tan Sri S. Nallakaruppan mendakwa, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan beliau begitu memahami akan nikmat serta kuasa yang dimiliki selaku pemimpin nombor satu negara.

Justeru, beliau atas kapasiti seorang rakan menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk menjadikan individu yang pernah digelar sebagai diktator itu sebagai Perdana Menteri sementara pembangkang.

“Anwar masih mempunyai masa untuk berfikir secara terperinci mengenai perkara itu, sama ada boleh percaya atau tidak percaya terhadap Dr. Mahathir. Sebagai seorang rakan, saya beri nasihat kepada Anwar kerana Dr. Mahathir mempunyai helah yang hebat.

“Mereka kata beliau (Dr. Mahathir) akan duduk di sana sementara, beliau akan duduk di sana dan tidak akan berikan kedudukan itu kepada sesiapa. Jangan sampai Anwar kena tipu sekali lagi,” katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Nallakaruppan turut mempersoalkan pendirian Pakatan Harapan mencalonkan individu berusia 93 tahun sebagai Perdana Menteri kerana berpendapat pada usia sebegitu, tidak banyak usaha yang boleh dilakukan bagi mem­bela nasib rakyat.

Kata beliau, pada hakikatnya pembangkang masih mempunyai barisan pemimpin muda seperti Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Rafizi Ramli, namun nama-nama itu tidak dicalonkan sehingga timbul persoalan adakah mereka tidak cukup berwibawa untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah termakan dengan helah Pakatan Harapan diketuai DAP, sebaliknya terus mempertahankan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah berjaya membela nasib semua kaum terutama India tidak seperti pada zaman Dr. Mahathir.

Isnin lalu, anak perempuan kepada bekas pemimpin kanan DAP, Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo mempersoalkan kewajaran Pakatan Harapan mengumumkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara.

Sangeet Kaur berkata, langkah menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri seolah-olah menunjukkan bahawa pakatan pembangkang ketandusan calon lain untuk menjawat jawatan tersebut selain kekurangan strategi gabungan itu pada masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana