JANGAN SAMPAI AHLI BOIKOT, UGUT AKAR UMBI PAN JOHOR

Selepas kecewa dengan pembahagian kerusi parlimen Johor, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri itu tampil memberi penegasan terhadap rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan (HARAPAN), hari ini.

Ketuanya Muhammad Taqiuddin Cheman berkata kekecewaan anggota AMANAH memang tida dapat dinafikan, dan hanya akan terubat jika tuntutan mereka dipenuhi.

Antara lain Pemuda AMANAH Johor menuntu jawatankuasa perunding wajib mempertahankan parti itu diberi sekurang-kurangnya 18 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Kata Muhammad Taqiuddin tuntutan itu dirasakan wajar kerana parti terbabit memiliki kawasan, cawangan dan jentera pilihan raya yang mencukupi, selain ada pemimpin berkaliber sebagai ramuan memastikan Johor jatuh ke tangan HARAPAN.

Tanpa pengagihan kerusi yang seimbang, katanya, ada kemungkinan berlaku perkembangan yang tidak dapat dikawan di peringkat akar umbi.

“Kami khuatir tindakan memboikot gerak kerja pilihan raya akan berlaku dan membawa kesan buruk terhadap harapan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil perbincangan pimpinan tertinggi HARAPAN baru-baru ini pakatan pembangkang itu memutuskan untuk memberi 27 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia kepada AMANAH.

Kena tanggung dan jawab

Di Johor, hanya dua kerusi diperuntukkan kepada AMANAH iaitu Pulai dan Parit Sulong, menyebabkan rasa tidak puas hati pimpinan parti itu di negeri terbabit.

Muhammad Taqiuddin berkata Pemuda AMANAH Johor juga mahu HARAPAN memastikan tiada lagi mana-mana calon – walau sesiapa pun mereka – diizin bertanding untuk kerusi parlimen dan DUN serentak.

“Fokus setiap calon wajib di satu kerusi sahaja bagi melajukan proses perubahan di peringkat persekutuan dan negeri pascakemenangan,” katanya.

Pada akhirnya kata Muhammad Taqiuddin AMANAH Johor mesti dilihat mempunyai peranan yang setaraf dengan parti lain, selepas melakukan kompromi semasa pengagihan kerusi parlimen sebelum ini.

“Jika agihan kerusi masih tidak menyebelahi kami di Johor, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan harus mengambil tanggunjawab,” katanya.

Terdahulu Pemuda AMANAH Johor mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti di peringkat negeri dan pusat di Air Hitam petang tadi.

Turut hadir Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Mereka kemudian menyerahkan memo berkenaan kepada Mohamad serta Aminolhuda yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Parit Yaani.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana