Cabaran Untuk PAS, Pilih Najib atau Sokong Saya Jadi PM – Mahathir

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad meneruskan serangan ke atas Pas hari ini dengan mencabar parti itu mengemukakan calon Perdana Menteri yang disokong mereka.

Dr. Mahathir berkata, Pas perlu menyatakan pendirian sama ada parti itu menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri atau Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita nak tahu Pas nak tanding siapa calon Perdana Menteri dia (Pas), dia nak calon Najib ke atau dia calon saya.

“Kalau dia beritahu calon dia, saya ingat dia boleh menang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. – UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana