BERBALAH LAH PH!!!!! AZMIN ALI TERIMA AMARAN DARI DR MAHATHIR?

Dua skandal lama melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang secara tiba-tiba bertiup kencang minggu lalu dipercayai adalah amaran kepada Menteri Besar Selangor itu supaya menjaga kelantangannya mengenai isu pencalonan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan.

Pengendali portal, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, Mohamed Azmin dilihat sebagai ‘racun’ dan perlu dikeluarkan daripada Pakatan Harapan kerana secara terang-terangan menunjukkan perbezaan pendapatnya terhadap Dr. Mahathir dan seterusnya kepada anak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Raja Petra mendakwa, misi Mohamed Azmin untuk menyekat laluan Dr. Mahathir sekali gus menyekat karier politik Mukhriz melalui kenyataan-kenyataan tajamnya baru-baru ini menjadi punca mengapa Timbalan Presiden PKR itu perlu ‘dimatikan’ dalam Pakatan Harapan.

“Isu ini mudah, Mohamed Azmin terbukti menjadi ancaman kepada Mukhriz seperti Khairy Jamaluddin. Beliau tidak boleh menerima Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara kerana menjadikan laluan Mukhriz untuk mengambil alih semakin besar.

“Sebab itulah wujudnya kedua-dua ‘wahyu’ di atas. Jika Timbalan Presiden PKR itu menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan Mukhriz maka Dr. Mahathir akan selamatkannya,” kata Raja Petra sebagaimana dipetik menerusi portal Malaysia Today semalam. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana