BERBALAH BALAH LAH MU!!!!!! ‘MAHATHIR BOLEH BANTU PH, TAPI BUKAN JADI PM’ – AKTIVIS ABU

Pencalonan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) terus mendapat bantahan dari kalangan penyokong pembangkang, termasuk gerakan ‘Asalkan Bukan UMNO’ (A.B.U).

Aktivis A.B.U, Haris Ibrahim dipetik berkata, beliau tidak kisah jika Tun Dr Mahathir kini bersama PH ingin membantu menumbangkan Barisan Nasional (BN), tetapi bukan untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Kita lihat ‘resume’ beliau sepanjang 22 tahun (sebagai Perdana Menteri), secara ekonomi kita lihat kepada penulisan K.S Jomo terhadap legasi Mahathir, menakutkan.

“Institusi-institusi negara, bermula dari sistem kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, Pejabat Peguam Negara; setiap satu daripada mereka dikompromi oleh Mahathir selama 22 tahun.

“Mereka (Pakatan Harapan) di sana katakan segalanya bermula pada 2009 ketika Najib mengambil alih kuasa kerajaan. Ini tidak benar. Ianya bermula sejak 1980-an apabila Mahathir mula berkuasa,” ,” lapor Malaysian Digest memetik temubual di portal Mole.my.

Untuk rekod, K.S Jomo (Prof. Jomo Kwame Sundaram) adalah pemegang Kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) bagi tahun 2016-2017.

Haris turut mempersoalkan pembangkang sekiranya gabungan tersebut sudah tidak mempunyai calon lain sehingga terpaksa mencalonkan Dr Mahathir yang akan menjadi beban kepada kerajaan Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan dimasa hadapan.

“Jika itulah apa yang Pakatan Harapan beritahu kita, ianya menakutkan. Kita tak mahu Mahathir untuk memulihkan negara ini. Untuk ke sekian kalinya, cukuplah apa yang sudah dimusnahkannya.

“Saya tidak nampak seorang individu yang sudah insaf. Saya tidak percayakan beliau,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana