AZMIN BUAT HELAH UNTUK GAGALKAN NIAT DR MAHATHIR MENANG PRU14?

Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali menawarkan Parlimen Gombak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad hanyalah strategi licik beliau untuk ‘lari’ daripada kawasan yang diwakilinya itu.

Pandangan itu disuarakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mendakwa Timbalan Presiden PKR itu secara peribadi melihat Gombak sebagai bukan lagi kawasan selamat untuknya.

Berikutan itu, kata Megat Zulkarnian, pencalonan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP kena tepat pada masanya dan memberi peluang terbaik kepada Mohamed Azmin untuk lari daripada kawasan tersebut.

“Pertamanya, Mohamed Az­min boleh mempergunakan Dr. Mahathir dengan mencalonkan beliau di Gombak bagi memboleh­kannya lari ke kawasan selamat lain.

“Keduanya, jika Dr. Mahathir kalah di Gombak, maka Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak layak menjadi Perdana Menteri sekali gus membuka peluang kepada Mohamed Azmin. Beliau ‘bunuh dua burung guna satu batu’,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menerusi akaun Twitternya, Mohamed Azmin menawarkan kerusi Parlimen Gombak yang disandang beliau kepada Dr. Mahathir untuk ditandingi Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ketua Pemuda UMNO Sela­ngor, Zainuri Zainal juga senada apabila percaya Mohamed Azmin sedar dirinya mempunyai peluang tipis untuk mengekalkan kedudukan di Parlimen Gombak pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak lagi mendapatkan sokongan daripada Pas.

Menurutnya, ini kerana dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013 sebelum ini, kemenangan Mohamed Azmin di kawasan Parlimen berkenaan adalah hasil daripada sokongan pemimpin serta jentera Pas sekali gus menjadikannya sebagai Menteri Besar Selangor ketika ini.

“Bagi saya tawaran Mohamed Azmin itu seolah-olah satu helah licik yang cuba dilakukan kerana beliau tahu jika Dr. Mahathir bertanding di Parlimen Gombak, bekas Perdana Menteri itu dijang­ka berhadapan dengan peluang tipis untuk menang apabila berhadapan dengan Pas dan BN (Barisan Nasional).

“Jika Dr. Mahathir kalah di Parlimen Gombak, maka peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri itu sudah tentunya mustahil. Mohamed Azmin pula dijangka mencari dan bertanding di kawasan selamat dan kemudiannya dianggap sebagai calon sesuai untuk menjadi Perdana Menteri,” jelas beliau.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz pula menganggap tawaran Mohamed Azmin kepada Dr. Mahathir itu hanya wa­yang dan alasan untuk dia lari dari kelemahan pentadbirannya yang mengabaikan penduduk di Parlimen berkenaan.

“Saya lihat banyak rakyat di Parlimen Gombak yang meru­ngut dengan kepemimpinan beliau kerana diabaikan sehingga ada kawasan yang tidak pernah dilawati oleh Mohamed Azmin.

“Sebaliknya, Menteri Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar sendiri terpaksa turun ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Parlimen itu bagi mengatasi masalah bumbung rosak dan sampah,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana