ANUGERAH SYARIKAT RM2.. TINDAKAN GUAN ENG ARAH SPRM SIASAT MAKAN DIRI

Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar berkata, akhirnya tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap ‘sumber’ yang kononnya ‘membocorkan maklumat siasatan’ kepada ‘media-media pro BN’ berhubung siasatan ke atas kemungkinan berlaku salah laku dan rasuah dalam pemberian kontrak projek terowong bawah dasar laut dan tiga jalan utama di Pulau Pinang memakan diri sendiri.

Jelas beliau, Guan Eng mula merasa bahang kepanasan dek akibat persepsi negatif terhadap dirinya.

“Pada mulanya Guan Eng mungkin mahu bermain sandiwara merekacipta cerita bagi tujuan menjana persepsi negatif terhadap orang lain terutamanya pimpinan negara tapi kerana silap percaturan, terkena kepada batang hidung dia sendiri dan akibatnya dia gelupur macam cacing kepanasan.

“Guan Eng tidak perlu melompat dan merasa kepanasan jika dia tidak bersalah. Sehingga kini belum ada sebarang pertuduhan dibuat terhadap dirinya dalam siasatan ini malah dia tidak pun dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Dia juga tidak perlu membuat kenyataan politik dengan melemparkan tuduhan liar kononnya SPRM menjadi alat parti pemerintah dan menjalankan siasatan kali ini bagi tujuan menimbulkan persepsi negatif terhadap dia dan Kerajaan Dap Pulau Pinang kerana Pilihanraya Umum ke-14 sudah dekat,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Azizi, SPRM tidak akan bertindak sekiranya mereka tidak ada asas kukuh untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap sesuatu laporan yang mereka terima.

Namun begitu jelas beliau, sesiapa sahaja yang berakal pasti akan mempersoal ketelusan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam penganugerahan projek mega itu kepada sebuah syarikat dua ringgit, syarikat yang ditubuhkan dengan tujuan khusus untuk membida projek mega tersebut.

“Keengganan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendedahkan butiran perjanjian yang dimeterai oleh Kerajaan Negeri dengan konsortium yang dilantik untuk melaksanakan projek tersebut menyebabkan ramai orang mengesyaki adanya perkara-perkara yang hendak disembunyikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada pengetahuan awam.

“Antara perkara yang menjadi persoalan ramai adalah kos untuk kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci pembinaan terowong di bawah dasar laut jauh lebih murah berbanding kos untuk kerja-kerja yang sama untuk pembinaan tiga Jalan utama di daratan.

” Adalah tidak masuk akal kos kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci projek tiga jalan berkembar di kawasan bukit adalah satu pertiga anggaran kos pembinaan jalan-jalan berkenaan. Kadar bayaran perundingan projek ini sangat luar biasa. Mungkin lebih mudah buat kajian di bawah dasar laut untuk bina terowong dari kajian di atas kawasan bukit untuk bina jalanraya,” sindir Azizi.

Leboh ironiknya apabila ADUN PKR- Penanti, Norlela Ariffin turut mempersoalkan mengapa kos kajian kebolehlaksanaan projek ini terlalu mahal dan adakah pembayaran yang dibuat itu munasabah dengan kadar kerja yang dilakukan syarikat perunding dilantik.

Ini adalah kali kedua SPRM menjalankan siasatan terhadap projek mega ini berikutan laporan yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan. Beberapa jabatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut diserbu SPRM untuk mendapatkan bukti antaranya Pejabat Kewangan Negeri, Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta JKR Negeri. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana