Annuar tetap yakin DAP kuasa terbesar pakatan pembangkang…

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata sebenarnya DAP ialah parti yang mendominasi dan memegang kuasa terbesar dalam pakatan empat parti pembangkang yang dipimpin pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata perkara ini jelas dilihat dalam agihan 165 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pakatan itu di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, walaupun pada permukaannya DAP hanya diperuntukkan 35 kerusi berbanding PPBM yang mendapat 52 kerusi dan PKR dengan 51 kerusi, hakikatnya 30 daripada 35 kerusi yang akan ditandingi DAP adalah kerusi sedia ada dan merupakan kubu kuat DAP.

Jelasnya, DAP juga cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa pakatan itu dipimpin Dr Mahathir dan bukannya dikepalainya, dengan alasan ia cuma mempunyai 35 kerusi.

"Sedangkan dia menang lebih banyak. Dia ada kerusi di Sabah dan Sarawak yang dia tak isytihar. Kalau ikut kenyataan-kenyataan dia yang kita analisis, di Sabah, DAP akan tambah, mungkin akan bertanding sampai 9, 10, 11 kerusi dan di Sarawak, sekarang dah ada 3, 4, 5 kerusi, kalau bertanding 7, 8 kerusi, kalau campur kerusi Sabah dan Sarawak, mungkin dia bertanding dalam 50 kerusi kesemuanya.

"Tetapi dia terpaksa sembunyikan yang itu kerana dia nak menafikan gerakan kita bahawa ini adalah pembangkang dipimpin DAP," katanya dalam program bual bicara 'Anda Tanya Kita Jawab' yang disiarkan secara live di www.umno-online.my hari ini.

Perbincangan kali ini yang bertajuk 'Agihan Kerusi: Api Dalam Sekam Pakatan Harapan' turut disertai Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim, penganalisis politik Roslan Latif dan Ikon Mahasiswa Nasional (PEMANAS 4.0) dan Presiden Kelab Wasatiyyah UiTM Ahmad Azaruddin Azman.

Annuar berkata dari segi penetapan calon untuk jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, parti pembangkang juga jelas ternampak bahawa Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disisihkan dalam percaturan kuasa itu.

Katanya, persefahaman bahawa Dr Mahathir hanya akan menjadi Perdana Menteri selama enam bulan jika berjaya merampas Putrajaya dan kemudiannya menyerahkan kepada yang lain tidak berisiko dan tidak akan dapat menjamin kestabilan negara.

Dalam pada itu, Annuar mendedahkan manifesto BN untuk PRU14 dijangka unik dan yang terbesar pernah dihasilkan.

Berbeza dengan penggubalan manifesto pilihan raya BN pemimpin negara sebelum ini yang tidak didedahkan intipatinya sehingga ia dilancarkan, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN menggunakan pendekatan mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada semua pihak dalam merangka dokumen penting itu.

"Beliau kutip semua (cadangan), sekarang ini pun dok tengah buat lagi. PM Najib sedia buat perubahan yang lebih besar. Ini adalah satu permulaan baharu," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana