ANDAI KATA MAHATHIR KALAH DI PARLIMEN LANGKAWI…BUAT APA NAK ORANG MACAM NI LAGI

LANGKAWI dilihat sebagai simbol maruah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad. Pulau tersebut menjadi kebanggaan beliau. Namun dalam masa yang sama beberapa pihak mendakwa Mahathir bukan individu yang memajukan pulau kelahiran Mahsuri tersebut.

Baru-baru ini Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) membabitkan satu daripada tiga kerusi parlimen iaitu Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

Mampukah Mahathir menerima kekalahan bertanding di Langkawi? Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkeyakinan Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU14. Beliau juga yakin parti itu mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat dan Kuah yang telah disandang BN sejak sekian lama.

Rakyat Langkawi bakal rugi jika mereka memilih Mahathir atas alasan beliau banyak berjasa kerana menurut Ahmad Bashah memang sudah menjadi tanggungjawab Mahathir selaku pemimpin negara pada masa itu untuk membangunkan Langkawi.

Pada usia yang hampir mencecah 100 tahun dan berada dipihak pembangkang yang diketuai DAP, Mahathir tidak akan mampu membangunkan Langkawi kerana hanya wakil rakyat BN sahaja yang mampu membawa kemajuan di pulau itu. Malah PPBM juga tidak mampu menerajui Pakatan Harapan di Kedah berikutan pergolakan yang berlaku di antara PPBM, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Kekalahan Mahathir di Langkawi bakal memberi impak yang besar terhadap moral diri beliau sendiri dan pembangkang yang diketuai DAP. PPBM boleh dikatakan tidak mempunyai kerusi ketika ini memandangkan Muhyiddin memenangi kerusi Pagoh melalui tiket BN.

Namun Mahathir melalui parti yang paling lemah ini dicalonkan sebagai perdana menteri pilihan pembangkang sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya. Mungkin mereka tidak tahu bahawa maruah pembangkang dipertaruhkan secara membabi buta. Percaturan tersebut bakal melenyapkan peluang yang tidak selalu terbuka untuk pakatan.

Seandainya Mahathir kalah di Langkawi maka pembangkang yang diketuai DAP bakal berkubur memandangkan calon PM pilihan mereka dibenamkan di kubu kuat sendiri. Maruah dan moral diri Mahathir sendiri sudah semestinya tercalar atau lebih tepat musnah begitu sahaja di penghujung usia emas beliau. – MYKMU

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana