Aikkkk..... Tak Akan Itu Pun Gelabah Kot....?

Tak perlu heboh kepada media jika tak sokong calon PM - Dr M

PETALING JAYA: Perselisihan pendapat yang menolak calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) merupakan perkara dalaman dan tidak perlu didedahkan kepada media, tegas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga calon perdana menteri gagasan itu menjelaskan, sewajarnya hal itu dirunding dan diselesaikan secara dalaman sahaja.

"Ini kita nak tanya, kita nak tahu. Bukan kita nak tolak. Kita bukan nak tolak siapa-siapa, tentu ada orang setuju tak setuju. Kita boleh tengok siapa calon ganti. Ini semua perkara dalaman takpayah lah press nak tahu," ujarnya dalam sidang media sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan keputusan mengangkatnya menjawat jawatan tertinggi itu yang dibantah PKR Selangor dengan menegaskan individu yang layak memegang jawatan itu perlu datangnya daripada parti berkenaan.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Hizwan Ahmad, dengan berkata pihaknya bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pengumuman menamakan Dr Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ketika ditanya pendirian rasmi PKR Selangor mengenai pemilihan Dr Mahathir pula berkata, pemimpin veteran itu adalah pilihan terbaik dari gabungan itu.

Kata sepakat calon perdana menteri itu akhirnya dicapai gagasan itu, dengan Wan Azizah sebagai timbalan Dr Mahathir sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas PRU14 akan datang.

Dalam sidang media sama, mantan perdana menteri selama 22 tahun itu turut mempersoalkan ketiadaan sebarang maklum balas daripada badan pendaftar pertubuhan (RoS) berkenaan status pendaftaran PH yang masih tertangguh sehingga kini.

"Kita tidak tahu kenapa sehingga sekarang ini kita tidak dimaklumkan sama ada permohonan kita untuk PH ini lulus atau tidak.

"Yang jadi masalah untuk kita, ini luar biasa. Tidak dijawab atau tidak acknowledge sama ada diterima ataupun tidak permohonan kita itu tidak ada jawapan. Bila kita hantar peringatan pun tidak ada jawapan. Seolah-seloah benda ini tidak berlaku," tambahnya.

Jelasnya, kelewatan maklumbalas berkenaan status pendaftaran gagasan itu di bawah satu entiti menjejaskan perancangan dan strategi, menjelang pilihan raya yang bakal tiba bila-bila masa.

PH yang dianggotai PKR, DAP, PPBM dan Amanah berdepan risiko tidak dapat didaftarkan di bawah nama "Pakatan Harapan" tertangguh ekoran masalah dalaman dua parti komponennya, DAP dan PPBM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana