Zaid Ibrahim biadap! Kebiadapan seorang pendatang ke negeri Selangor. Bagaikan kacang lupakan kulit.

Ahli DAP, Zaid Ibrahim biadap kerana mempertikaikan titah DYMM Sultan Selangor yang murka selepas Mahathir Mohamad menghina keturunan Bugis.

Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar berkata, Zaid bukan sahaja bodoh dan biadap malah derhaka kepada Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah.

“Zaid kena tahu puncanya kenapa Sultan Selangor bertitah sedemikian, ialah kerana ucapan Mahathir.

“Sepatutnya Zaid kena beri amaran kepada Mahathir, dia kena beritahu kepada Mahathir minta maaflah kepada Sultan Selangor.

“Orang yang menyebabkan rakyat Selangor marah menyebabkan orang Bugis marah, bukan sahaja Sultan Selangor murka tetapi kita lihat seluruh negara marah,” katanya.
Zaid menerusi FB baru-baru ini menasihatkan Sultan Selangor lebih berhati-hati kerana sultan tidak kebal daripada undang-undang.

Sultan Selangor dalam wawancara bersama The Star bertitah Mahathir seorang yang membahaya kerana dia tidak akan membiarkan orang lain lebih daripadanya.
Noh berkata, UMNO Selangor akan mengadakan himpunan bersama rakyat menyatakan sokongan kepada Sultan Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana