UMNO DI LANDASAN TERBAIK SERAP CABARAN, KEKALKAN ‘WINNING MENTALITY’

UMNO hari ini berada di landasan yang tepat dengan kesepaduan serta permuafakatan ahli serta pendokong lain di pelbagai peringkat dalam mengharungi cabaran untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Ketua UMNO Parit Sulong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ((ADUN) Semerah, Ismail Roslan berkata, berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO awal Disember lalu telah memberi nilai tambah yang amat bermakna dalam meneruskan perjuangan bersama rakan-rakan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu ujarnya cabaran yang mendatang perlu digalas dan dihadapi sebaik mungkin berasaskan kepada segala pendekatan dalam usaha membantu memastikan kemenangan parti kelak.

“Pada saya inilah masanya untuk kita terus melipatgandakan lagi segala usaha kita dalam menghadapi cabaran yang mendatang kerana apa yang mendepani kita hari ini bukanlah perkara yang mudah.

“Berkat kesepaduan dan solidariti serta semangat untuk menang yang telah diterapkan dalam setiap diri kita, insya-Allah, apa jua cabaran dan apa jua halangan tersebut kita akan dapat kita hadapinya bersama.

“Apa yang penting dalan situasi dan senario PRU14 yang semakin hampir, kita sama-sama membulatkan tekad serta azam untuk kita bersama seluruh kepimpinan dan jentera di semua lapisan, untuk mara dengan satu semangat iaitu untuk menang PRU14,” katanya kepada UMNO-Online.

Menjelaskan lebih lanjut, Ismail seterusnya menegaskan tanpa adanya kerjasama dan tanpa wujudnya kesepaduan percayalah segala usaha yang telah dilaksanakan selama ini tidak akan membuahkan hasil.

Malah tambahnya, ianya akan memberi kesan yang amat mendalam terhadap parti dan juga rakyat yang telah memberikan pengharapan sekian lama.

“Semangat dah ada…gerak kerja pun kita sama-sama laksanakan dan misi kita telah pun jelas iaitu membela kebajikan rakyat. Jadi segala-galanya telah ada di depan mata dan apa yang penting kita tidak leka dan tidak lalai sebaliknya sama-sama lipatgandakan lagi usaha kita bersama. Insya-Allah,” katanya lagi. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana