‘Tweet’ Hina Sultan Selangor Zaid Ibrahim Makan Diri

KUALA LUMPUR- Mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui status Twitter, tindakan terhadap Datuk Zaid Ibrahim akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, jika siasatan mendapati wujudnya pelanggaran undang-undang, pasti ahli DAP itu tidak akan terlepas daripada pendakwaan akibat kenyataannya di Twitter pada 4 Disember lalu.

Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengendalikan siasatan ke atas Zaid, kata Salleh lagi.


MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA DATUK SERI DR. SALLEH SAID KERUAK
“Sudah tentu jika undang-undang telah dilanggari, tindakan akan diambil sewajarnya,” kata beliau.

Sebelum ini, Zaid menerusi akaun Twitter miliknya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin menegur Dr. Mahathir berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri tersebut yang menghina keturunan Bugis.

Menerusi kenyataan itu, Zaid memberitahu Sultan Sharafuddin harus lebih berhati-hati dengan kata-kata baginda kerana “tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar”.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Hasan Malek berkata ahli UMNO mesti memperhebatkan penggunaan media sosial dalam menyalurkan maklumat tepat dan terkini.

“Dunia digital adalah senjata utama dalam bentuk “peperangan” pada masa kini, ia boleh sampai kepada akar umbi dan rakyat dalam sekelip mata berbanding dengan mekanisme sebelum ini, yang mana kita harus berjumpa dengan orang ramai dan ahli.

“Sekarang kita mampu berhubung melalui pelbagai cabang perhubungan antaranya Whatsapp, Twitter, Facebook, Instagram dan bermacam lagi hanya melalui satu device di tangan,” katanya.

Kata Hasan lagi, pembangkang melakukan pelbagai serangan terhadap parti dan kerajaan melalui saluran yang sama malah ada diantara mereka mempunyai pasukan khas untuk tujuan tersebut.

Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan dan amat membimbangkan sebilangan besar rakyat terpengaruh dengan auta pembangkang itu.

“Setiap pihak kementerian dan agensi harus memainkan peranan yang aktif dan menyalurkan maklumat secara berterusan agar rakyat mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan.

“Begitu juga dengan peranan UMNO, dalam menyalurkan maklumat dikalangan ahli dan rakyat amnya. Perkara ini tidak harus separuh jalan ia harus berterusan dan dilaksankan secara kreatif. Saya yakin jika perkara ini dimanfaatkan dan rangkaian media sosial kita hebat, ia akan membuahkan hasil terbaik buat kita semua,” katanya lagi. –MYNEWSHUB.CC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana