Tun M patut minta maaf akui kesalahan, bukan tunjuk ego

 Tun Mahathir tidak seharusnya menunjukkan sikap egonya kepada masyarakat kerana ia akan dinilai umum tentang perbuatannya itu terhadap Sultan Selangor.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan apa yang sepatutnya dilakukan bekas perdana menteri itu adalah mengakui kesalahan yang dilakukan dan membuat permohonan maaf supaya tidak mengeruhkan keadaan.

“Sangat tidak matang dan ego. Seorang negarawan sepatutnya sangat faham apa itu titah perintah dan nasihat seseorang Raja sebagai ketua negara atau negeri.

“Itu menunjukkan seolah-olah ingin terus berlawan dengan pihak istana,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Tun Mahathir hari ini telah memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Hal itu disahkan seorang pemimpin PPBM iaitu Datuk Rais Hussin.

“Betul,” kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM kepada portal pro pembangkang, Mkini.

Menurut Rais keputusan memulangkan pingat kebesaran negeri itu dibuat Dr Mahathir atas pertimbangannya sendiri.

Rais bagaimanapun enggan memberi penjelasan muktamad mengenai alasan pemulangan pingat berkenaan.

Difahamkan dua pingat yang dikembalikan pengerusi PPBM itu masing-masing diterima daripada sultan Selangor pada 1978 dan 2003.

Ia diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.

Pada awal November lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Merujuk kepada ucapan Tun Mahathir ada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda bertitah tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Sultan Sharafuddin juga menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas ucapan Dr Mahathir itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana