Trend Melancong Makin Naik Tapi AirAsia Kecoh PSC Pula

TANYALAH sesiapa terlibat aktif syarikat agensi pelancongan sama ada inbound (dalam negara) atau outbound (luar negara), destinasi manakah antara popular dalam kalangan pelanggan mereka.

Jawapannya mesti agak standard dan tidak jauh berbeza. Bagi ‘kaki melancong’, destinasi tempatan lazimnya ialah Langkawi di Kedah dan jika luar negara, tentulah Bali, Indonesia. Secara umum, ramai suka destinasi jarak dekat.

Tidak hairanlah semua pesawat ke Jakarta, Indonesia; Bangkok, Thailand; Ho Chi Min City, Vietnam atau Changi, Singapura sentiasa penuh sesak malah pada waktu puncak, ia silih terbang selang lima minit di KLIA dan KLIA2.

Ramai sebenarnya tidak tahu, selain umrah ke Tanah Suci, rakyat Malaysia memang suka melancong dan panorama kedua-dua lapangan terbang utama di Sepang, Selangor itu sibuk masa cuti sekolah atau perayaan bukan pelik pun.

Ketika ada pihak mendakwa konon ekonomi Malaysia di ambang muflis dan warga Malaysia hidup melarat tidak cukup makan kerana harga petrol naik, suasana sebaliknya dicatatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Terbaharu operator itu melaporkan peningkatan aliran penumpang sebanyak 4.8 peratus untuk data tahun-ke-tahun dicatatkan pada November lalu di semua 39 lapangan terbang seluruh negara termasuk KLIA dan KLIA2.

Ini menyaksikan 7.9 juta pengguna berbanding hanya 7.54 juta orang direkodkan setahun lalu. Trafik antarabangsa malah menokok 13.2 peratus kepada 4.09 juta penumpang dan sektor paling popular ialah rantau Asia tenggara.

Ironi, ada cuba ‘menakutkan’ pengguna lapangan terbang dengan tohmahan kononnya langkah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyeragamkan cukai khidmat penumpang (PSC) bakal jejas pertumbuhan trafik.
Secara perbandingan, PSC di Malaysia masih rendah dan kompetitif dengan lapangan terbang seluruh dunia setelah diseragamkan dan unjuran pertumbuhan trafik menganggarkan jika jatuh sekali pun hanya sekitar lima peratus.

Itu mungkin ketika peringkat awal peralihan setelah pelaksanaan kadar setara, tetapi ramai penganalisis ekonomi meramalkan ia hanya sementara sebelum kembali tumbuh positif sejajar trend pergerakan penumpang udara global.

Kenaikan PSC untuk destinasi jarak jauh ternyata beri kesan kecil berbanding penjimatan dinikmati penumpang Malaysia yang sebahagian besarnya melancong ke ASEAN apabila tidak lagi dikenakan kadar caj antarabangsa.

Dengan bayar PSC sebanyak RM35 sahaja, kenaikan caj itu tidak menjejaskan kemasukan kemasukan pelawat ke Malaysia berdasarkan laporan MAHB baru-baru ini yang menamakan AirAsia paling tinggi trafik penumpangnya.

Jika AirAsia berpendapat Mavcom wajar tambah baik rungutan pengguna dan bukan isu status lapangan terbang, sebetulnya suruhanjaya itu telah pun menangani isu berkaitan malah berjaya menyelesaikan 99.1 peratus aduan.

Secara purata, Mavcom menerima 17 aduan bagi setiap sejuta penumpang dan untuk tempoh enam bulan lalu, pihaknya mendapat keseluruhan 677 aduan, naik sebanyak 92 peratus berbanding jangka masa yang sebelumnya.

Paling banyak rungutan diterima Mavcom ialah melibatkan kes pulang balik tambang akibat pembatalan, salah pengurusan bagasi dan penangguhan penerbangan. Ternyata penumpang pada umumnya masih berpuas hati.

Kesimpulannnya, selagi kadar PSC di KLIA2 masih rendah, caj lebih tinggi terpaksa pula dibayar penumpang dari lapangan terbang lain di Malaysia inilah yang digunakan untuk kos selenggara KLIA2! – Mynewshub.cc/HAA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana