TIAN CHUA SUDAH GIVEUP DALAM PAKATAN HARAPAN APABILA BEKERJASAMA DENGAN TUN MAHATHIR

Dalam satu temubual bersama sebuah portal pemfitnah pembangkang, Tian Chua mengakui PH ada kekangan iaitu termasuk ketidakmampuannya untuk “membincangkan isu besar” dan menangani “kekecewaan akar umbi”.

Katanya, masih ada isu yang PH belum menjawab secukupnya seperti pendiriannya berhubung “mengimbangi Islam dan sekularisme”.

Dalam pada itu, Tian Chua juga menyentuh tentang kekecewaan dirasai oleh sesetengah pengundi dan aktivis berkenaan kerjasama pembangkang dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang memenjarakan beberapa pemimpin PH, termasuk ketua umum PKR Anwar Ibrahim, ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan.

Masih ramai menyalahkan negarawan berusia 92 tahun itu kerana menghakis sistem institusi negara, kerana mencipta budaya politik sokongan dan rasuah serta menekan kebebasan tertentu.

Pada masa yang sama, Tian Chua beranggapan sekiranya masalah dalaman Pakatan Harapan tidak dapat diselesaikan menjelang PRU-14 akan datang, Barisan Nasional akan menang besar.

Ini berikutan akan wujud pertandingan 3 penjuru akan berlaku di beberapa kawasan kerana PAS tidak lagi bersama pembangkang. Kemungkinan juga wujud sabotaj dari penyokong PH yang tidak mahukan kepimpinan Tun Mahathir menguasai pakatan pembangkang itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana