TERSERLAH RAFIZI SEORANG YANG BACUL DAN PENGECUT UNTUK BERHADAPAN DENGAN MAHASISWA.

Rafizi Tak Jadi Debat Dengan Wakil Mahasiswa

Tindakan Rafizi Ramli yang sengaja membatalkan program debat dengan Kumpulan Internship Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) yang sepatutnya berlangsung pada 24 November lalu disifatkan sebagai tidak matang dan seolah penakut.

Menurut Setiausaha MANTAP Mohamad Arif Misman, pembatalan debat tersebut menyerlahkan sikap sebenar Pengasas Invoke itu yang suka mencari publisiti murahan dan mensensasikan sesuatu perkara bagi tujuan meraih perhatian netizen dan pengikutnya.

“Kalau sembang, pokok pun boleh tumbang. Hanya suka buat gempar sudah sinonim dengannya. Inilah sikap Rafizi yang sebenar. Rafizi hipokrit.

“Cabaran sudah disahut tetapi tidak berjaya bertarung di gelanggang,” selar Arif memetik portal BNBBC, hari ini.

Katanya, tindakan Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR Pandan membatalkan program itu tanpa sebarang alasan telah memberi kekecewaan kepada wakil pendebat MANTAP, barisan ahli MANTAP VII, alumni MANTAP, wakil-wakil NGO serta pengunjung yang telah hadir seawal jam 8 malam di pejabat Invoke di Sungai Besi.

Dakwa Arif, Rafizi dan Invoke bukan sahaja ‘ghaib’ malah pintu pejabat itu juga dikunci rapi sedangkan sebelum ini Naib Presiden PKR itu beria-ria mempelawa pihak MANTAP untuk berdebat.

“Ternyata pihak Invoke hanya berwayang apabila tepat jam 8.30 malam pintu Invoke dikunci rapi, tiada wakil yang turun membuat permohonan maaf dan mereka hanya sekadar membuat tinjauan dari tingkap atas premis,” jelasnya.

Arif menambah, Rafizi dan Invoke sedia maklum mengenai debat bertajuk “Bajet Pakatan Harapan: Memufliskan Negara Seimbang atau Sembang” dan mereka bertegas mahu mengadakan program tersebut di pejabat Invoke Space.

“Bukan sahaja wayang, tapi takut. Ini bukan nak cari siapa menang dan kalah. Ini hanyalah perdebatan untuk mengupas isu semasa. Invoke tak perlu takut. Kita mahu audien berfikir secara matang dengan apa isu yang didebatkan,” katanya.

Rafizi sebelum ini dilihat begitu "berani" kerana sering mengajak beberapa pihak untuk mengadakan debat termasuk dengan Arul Kanda melibatkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana