Tak mustahil DAP tuntut jawatan MB pada PRU14, dakwa Jamal

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Mohd Yunos mendakwa, DAP sedang merancang untuk mengangkat bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai menteri besar di Selangor sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri itu lagi.

Ujar beliau yang mengetahui rancangan itu melalui sumber dalaman parti itu, tidak mustahil DAP berbuat demikian ekoran memiliki majoriti kerusi DUN paling tinggi berbanding PKR dan Amanah.

"Rancangan DAP, kita tahu Zaid Ibrahim ini adalah orang DAP, perancangan DAP dari dalaman kerana di dalam parti itu sekarang ada orang Melayu, jadi benda ini bocor daripada orang daripada kawan-kawan lain yang berada di dalam DAP.

"DAP telah menyusun dan mencipta menteri besar setelah PRU akan datang kerana kita tahu sekarang ini DAP tidak sebulu dengan Azmin Ali dan mahu menjadikan Zaid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14.

"Kerana DAP yakin kerusi DUN di dalam Selangor ini jika Pakatan berjaya sekali lagi DAP akan mempunyai kerusi yang paling banyak dan mereka akan menuntut wakil rakyat daripada DAP untuk menjadi Menteri Besar," katanya dalam satu sidang media pagi tadi.

Selangor kini berada di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada parti PKR.

Dalam pada itu, selepas sehari pembebasannya daripada tahanan reman polis akibat ugutannya terhadap Zaid, Jamal hari ini sekali lagi mempersoal mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap bekas pemimpin itu, walaupun telah menghina Sultan Selangor.

"Saya langsung tidak mempertikai penahanan saya tersebut cuma saya nak tanya kepada pihak polis, bila Zaid akan ditahan?, sedangkan saya sudah diambil tindakan dengan diambil keterangan dan ditangkap untuk memberikan kerjasama sedangkan Zaid hanya diambil keterangan tanpa ditahan.

"Saya bukan ingin membandingkan apa-apa tetapi sewajarnya sebagai orang yang mempertahankan kebiadaban beliau terhadap Sultan Selangor," ujarnya lagi

Semalam, beliau dibebaskan daripada tahanan reman selama dua hari bermula Sabtu atas dakwaan ugutan terhadap Zaid pada Rabu lepas di Perhimpunan Agung Umno 2017.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan beberapa gimik yang dibuatnya berhubung sikap kurang ajar dan kebiadapan Zaid terhadap Sultan Selangor.

Zaid sebelum itu menerusi Twitter mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana