SKANDAL TANAH KAMPUNG SUNGAI YU : AZMIN ABAI SARANAN SELCAT

Sikap berdiam diri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap lima saranan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkaitan skandal tanah di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor mencetuskan pelbagai persoalan.

Meskipun sudah hampir sebulan disahkan berlakunya penyelewengan, namun Ahli Jawatankuasa Selcat, Datuk Sulaiman Razak dipetik berkata, Mohamed Azmin perlu membuktikan ketelusan pentadbirannya berhubungan skandal tersebut dengan melaksanakan semua lima saranan Selcat, terutama menggantung proses pemberimilikan tanah sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik selain mengesahkan semula kelayakan para pemohon.

“Mohamed Azmin jangan lupa beliau sendiri berjanji dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini seandainya terbukti berlaku penyelewengan dalam skandal berkenaan, proses pemberian tanah tersebut akan dibatalkan tetapi sehingga kini, saya lihat tiada sebarang tindakan yang menjurus ke arah itu (pembatalan) dibuat oleh kerajaan negeri.

“Persoalannya sekarang di mana ketelusan kerajaan negeri dan Mohamed Azmin? Soal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat semula kes ini, itu isu lain tetapi sebagai Menteri Besar, beliau bertanggungjawab untuk mengambil tindakan seperti disarankan Selcat,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Sebelum ini, akhbar tersebut melaporkan wujudnya pelbagai skandal dalam proses pemberian tanah di Kampung Sungai Yu dan antara yang paling pelik adalah bagaimana 18 individu yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh melepasi tapisan kerajaan negeri sehingga diberikan kelulusan memiliki tanah.

Pendedahan berterusan itu kemudiannya memaksa Selcat untuk bersidang dan Pengerusinya, Hannah Yeoh, yang juga Speaker DUN Selangor daripada DAP pada 8 Disember lalu mengakui wujud pelanggaran syarat dalam proses pemilikan tanah tersebut.

Dilaporkan, enam hari selepas pengakuan Hannah, SPRM seterusnya bertindak membuka semula kertas siasatan dan telah memanggil 26 saksi untuk dirakamkan percakapan termasuk salah seorang daripadanya adalah Exco kerajaan PKR Selangor.

Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang menambah, Mohamed Azmin tidak perlu berdolak-dalik dengan menyalahkan pihak lain khususnya SPRM kerana skandal tersebut jelas berlaku semasa beliau mentadbir Selangor dan seharusnya perkara berkenaan ditangani secara bertanggungjawab, konsisten serta jujur.

“Sekarang rakyat sedang menilai kejujuran Mohamed Azmin kerana beliau sudah berjanji yang menyelesaikannya tetapi mengapa begitu lama tempoh yang diambil untuk membuat keputusan bagi membatalkan semua pemberian tanah berkenaan sebagaimana dijanjikannya ketika sidang DUN,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana