Sheila Majid…selamat datang ke dunia politik Malaysia

Kata orang untuk berlaku adil kalau berani kritik kena juga berani mendengar penjelasan.Datuk Sheila Majid sudah tentu berminat hendak tahu ‘kisah benar’ setelah bikin sensasi guna twitter untuk gambarkan seolah Malaysia diambang kehancuran.

Jangan salahkan penyanyi terkenal itu kerana main ‘pukul borong’ begitu saja.Siapa tahu dia juga seperti kebanyakan orang lain gemar sebar di media sosial apa yang didengar tanpa faham statistik dan kedudukan ekonomi semasa negara.

“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati.Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta.Cukuplah beralasan & cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” kata selebriti popular menerusi twitternya baru-baru ini.

Mungkin orang Indonesia,Bangladesh,Vietnam,Nepal dan sebagainya yang berebut-rebut hendak datang secara sah dan tidak sah untuk cari makan di Malaysia lebih nampak potensi negara ini.

Juga mungkin Sheila tidak pernah dengar orang di negara itu sendiri merungut geram kos hidup mereka tinggi,kerja tidak ada dan terpaksa menumpang kasih di Malaysia.

Seorang pendatang tanpa izin pernah cakap dia gembira kerana orang Malaysia cukup manja...tidak mahu kerja berat dan kotor.Jika semua orang Malaysia ada jiwa kental seperti mereka alamat periuk nasi pendatang pasti tidak berasap.

Siapa tahu pemimpin 160 buah  negara termasuk Singapura,Australia,United Kingdom ,Switzerland,Spain,New Zealand yang sudah lama laksana GST sebelum dikenakan Malaysia semuanya bodoh-bodoh belaka, tidak ada akai dan tidak faham ekonomi.

Kalau nak tahu senarai negara-negara itu dan kadar GST yang dikenakan boleh layari laman web http://gst.customs.gov.my/ms/gst/Pages/gst_ci.aspx

Cuba tanya mereka yang bawa kereta masuk ke Thailand dan Singapura.Baru terasa alamak murahnya minyak di Malaysia.

Hairan sungguh…ramai orang Malaysia yang melancong ke luar negara.Macam-macam kena GST di negara mereka berseronok itu.Tak dengar pun mereka turun kapal terbang bawa sepanduk kutuk negara itu kenakan GST.

Sebaliknya di negara sendiri mereka jadi juara lawan GST.

Pokok pangkalnya tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang gila tidak mahu popular dan nak bagi rakyat marah tidak undi mereka..Setiap hal mesti ada sebab termasuk soal harga minyak.

Shelia tidak keseorangan.Dia ada kawan seperti Fathia Latif,Adibah Noor,Aishah,Ebby Abadi dan lain-lain yang mungkin merasa mereka saja yang cukup prihatin tentang negara.

Apapun Sheila patut berbesar hati selain isunya menjadi bahan bualan…pada hari Ahad menteri yang jaga pasal ekonomi dan perancangan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyentuh panjang soal itu menerusi twitter beliau.

Lebih dari itu ...beliau mengundang Sheila dan selebiriti lain ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) yakni agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri yang kawal selia segala macam bab ekonomi dan perancangan untuk dengar taklimat mengenai keadaan ekonomi semasa negara.

“Selamat datang  ke politik Malaysia,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang mengaku beliau peminat Sheila.

Dalam siri twitter itu Rahman menulis : “It’s not wrong for celebrities to comment about our current affairs. But just like everyone else, be prepared to be criticised. Politics ain’t one way street.

After all, in other countries, celebrities, comedians and even porn stars have a say about issues affecting their nations. Some even decided to become full time politicians.

But these celebrities have a track record of involving themselves, for years, in issues they are passionate about. They attend and organise talks, participate in discussions etc. They rarely tweet one or two times and expect people to understand their motives.

By the way, many of our celebrities went through trauma of being criticised harshly by netizens and the opposition for a simple and honest photo taken with the PM. Welcome to Malaysian politics!

I love Shiela Majid. I am a big fan. If i can tolerate inane ramblings by the opposition, surely i can listen to her or anyone’s honest view. But I do hope she can engage her critics and articulate further the reasons why she said what she said.

I would also like to invite Shiela Majid or anyone of our beloved celebrities to come to Economic Planning Unit (EPU) for a briefing on the current state of our economy. Maybe Persatuan Seniman can organise the visit and I will be delighted to be the host.”

Apa macam Sheila…ada berani terima undangan Rahman?

Selain menghafal lirik lagu dan bergelumang dengan nota musik…elok sangat dia juga ambil tahu pasal statistik ekonomi negara yang rasmi dari menteri itu.

‘Antara Anyer dan Jakarta’…mungkin ia akan beri ‘Sinaran’ baru kepada persepsi dan pandangan tentang negaranya sendiri.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment