Saya PM paling baik dalam sejarah, tidak pernah curi duit dan rompak duit macam Najib kata Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Bank Negara Malaysia hilang lebih banyak wang di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding ketika beliau menerajui negara.

Mahathir mendakwa, kehilangan wang di bawah Najib berjumlah AS$39.621 bilion (RM161 bilion) berbanding ketika era beliau yang menyaksikan Bank Negara rugi RM31 bilion dalam pasaran perdagangan mata wang asing forex.

“Duit ini (ketika era saya) hilang kerana perniagaan mata wang oleh Bank Negara dalam usaha mengurus rizab negara kita. Dengan itu duit kita hilang RM30 bilion.
“Tapi baru-baru ini, dari 2013 sehingga 2015, Bank Negara hilang lebih banyak daripada itu. Sebenarnya sebanyak AS39.6 bilion bersamaan dengan RM160 bilion lebih kurang.

“Tapi untuk ini tiada siasatan dilakukan, tiada Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dan jawapan yang diberikan dalam parlimen tidak memuaskan,” kata Mahathir dalam klip video yang dimuat naik Facebook Kelab Che Det.

Menurut laman web rasmi Bank Negara, rizan negara menurun kepada AS$95,289.62 bilion pada Disember 2015 berbanding AS$134,910.79 bilion pada Disember 2013.

Faktor utama penurunan yang ketara itu dikaitkan dengan percubaan Bank Negara mempertahankan nilai ringgit yang jatuh secara drastik ketika itu.

Rizab Bank Negara sudah pulih sejak itu kepada AS$101,471.49 bilion setakat 31 Okt tahun ini.

Mahathir menafikan hujah bahawa penurunan rizab negara disebabkan kenaikan dalam kadar faedah AS yang menyebabkan pelabur asing mengeluarkan dana mereka dari Malaysia.

Sebaliknya, Mahathir berkata ia disebabkan perngurusan rizab negara.

Dalam klip video itu, Mahathir turut menegaskan kerugian Bank Negara ketika di bawah pentabbirannya bukan disebabkan kecurian.

Mahathir turut menyentuh bahawa kerajaan berminat dengan hal yang terjadi 30 tahun lalu tapi gagal memberi bertindak terhadap perkembangan terbaru, termasuk berbilion ringgit yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Najib menafikan dakwaan mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi.

Putrajaya telah menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian dalam forex ketika zaman Mahathir dan laporan siasatan itu mencadangkan agar polis mengadakan siasatan jenayah pecah amanah.

Mahathir merupakan perdana menteri dari 1981 sehingga 2003.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana