“RUGI” RM 160 BILLION: JOHARI SEKOLAHKAN MAHATHIR BODOH-BODOH GITU SAJA

WALAUPUN mengambil masa yang agak panjang, penjelasan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abd Ghani semalam bahawa Mahathir menipu kononnya Bank Negara Malaysia rugi RM 160 billion sepanjang 3 tahun lepas, sudah lebih dari cukup untuk menyerlahkan kemunafikannya.

Kita tahu apa pandangan Johari terhadap Mahathir dan tidak hairan kenapa ambil masa yang sangat panjang untuk dia menjawab benda yang mudah macam itu tapi bak kata orang, better late than never.  Nasib baik sementara menunggu Menteri menjawab, dari awal pun kita tahu dakwaan Mahathir ini mengarut atas beberapa sebab, antaranya:-

‘Kerugian’ berdasarkan penyusutan dalam rizab negara, bukan laporan dari Bank Negara sendiri atau mana-mana agensi antarabangsa
Dakwaan hanya muncul selepas kerugian Forex 1989-1992 yang disebabkan oleh Mahathir ditimbulkan semula
Tiada siapa di kalangan parti pembangkang dalam Pakatan yang menyebut tentang perkara ini melainkan Mahathir seorang
Menambah apa yang dijelaskan Johari semalam, rizab boleh merosot atas pelbagai sebab, selain kerajaan nak pakai duit, perubahan nilai matawang pun boleh menyebabkan kemorosotan rizab juga.

Gamaknya itu yang ramai tergelak bila Mahathir bercakap tentang soal nahi mungkar tu.  Dia sendiri bergelumang dengan perkara-perkara mungkar – menipu tak sudah-sudah antara lain, lagi mau banyak cakap pasal nahi mungkar.  Tak masuk lagi bab bini sendiri pun tak dibenarkan pakai tudung.

Apa pun, berapa banyak lagi pembohongan yang perlu diterima rakyat sebelum kita benar-benar menerima hakikat bahawa Mahathir adalah seorang penipu?  22 tahun tipu sudah tak cukup ka?  Kegawatan ekonomi 1997  yang menyebabkan negara hampir muflis pun dia tipu tau, konon itu kerja Soros, bila sebenarnya kerugian RM 32 billion Bank Negara adalah punca sebenarnya.

Semua kekarutan ni harus ditamatkan dengan rakyat berhenti mempercayai tua kutuk itu.  Mahathir sekarang dah macam orang gila, hanya nampak kepentingan dia saja lebih dari rakyat dan negara pun rasanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana