RM19.13 JUTA BONUS KEPADA 12,759 PENJAWAT AWAM TERENGGANU

Bagi menghargai perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memberi bonus sebanyak RM1,500 kepada setiap seorang dengan peruntukan sebanyak RM19.13 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika mengumumkannya berkata, daripada jumlah itu, RM1,000 akan diberikan pada Januari depan manakala baki RM500 lagi menjelang Aidilfitri.

“Atas dasar cakna  kepada penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memperluaskan bayaran bonus ini kepada semua kakitangan termasuk kakitangan sementara tanpa perjawatan, kontrak dan ad hoc.

“ Bilangan kesemua yang bakal mendapat manfaat ini ialah seramai 12,756 orang,” ujarnya semasa menyampaikan Ucapan Bajet 2018  dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau juga memberitahu, sebagai satu lagi tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berkhidmat dengan cemerlang, kerajaan negeri bersetuju untuk menambah bilangan penerima bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Terdahulu, Ahmad Razif mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga pentadbiran negeri dan Pusat yang gigih membantu dalam pembangunan kehidupan rakyat dan negeri,

“Terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang menyediakan kepemimpinan  bersama tagline Be Better Work Together’ dengan memberi kerjasama yang sangat baik, menunjukkan tahap dedikasi terpuji dan kecekapan yang menjadi panda aras dalam saat negeri menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan yang besar,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana