Rahman mulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi...Saman Saja Tunggu Lama Lama Tak Guna

SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan melantik peguam untuk mengkaji segala ruang undang-undang yang boleh diambil terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Tindakan itu susulan tuduhan Rafizi kononnya kontrak pelaksanaan Ekspo Negaraku 2017, diberikan kepada abangnya, Noor Raslan Md Dahlan.

Ujarnya, tindakan berkenaan diambil sebagai langkah menghentikan "fitnah" ahli parlimen Pandan terbabit.

"Berdasarkan keterangan dan tuduhan yang dilemparkan, saya melantik peguam Datuk M Reza Hassan dari Messrs Raja Riza & Associate untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap Rafizi untuk menamatkan fitnah berterusannya," kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan.

Rafizi beberapa hari lalu dalam sidang medianya menuduh Abdul Rahman mengamalkan nepotisme apabila menyerahkan kontrak penganjuran Ekspo Negaraku 2017 kepada abang sendiri.

Abdul Rahman namun kemudian tampil menafikan bahawa, Noor Raslan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd itu juga tidak mempunyai pertalian saudara dengannya seperti yang didakwa Rafizi.

Rafizi kemudian memadamkan rakaman sidang media selepas menyedari 'kesilapannya', dan kemudian tampil memohon maaf kepada Noor Raslan.

Ekspo Negaraku yang berlangsung di Dataran Merdeka selama sebulan bermula 15 Nov lepas merupakan ekspo interaktif julung kali dianjurkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai perancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana