Rafizi…ini cerita tukang dedah terlondeh diri sendiri...Akhir Mengaku Kesilapan Tapi Mahu Maaf..Giler Punya Orang


Tunggu..punya tunggu…punya tunggu..punya tunggu sampai ke lewat Isnin malam.Entah ke mana tiba-tiba Rafizi Ramli menghilang sejak tengahari tampil bergaya konon buat pendedahan pasal Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bagi kontrak kepada abangnya.

Ini betul-betul cerita tukang dedah yang terlondeh diri sendiri…

Jenuh Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan ini kena cari lubang cacing untuk sorok muka.

Bayangkan bikin malu habis.Cuma kerana bin yang sama yakni Raslan Dahlan,salah seorang pemegang saham syarikat Pico Integrated Exhibits Sdn Bhd yang dapat kontrak laksana Expo Negaraku di Dataran Merdeka dituduhnya sebagai abang kandong Rahman.

Motifnya tidak lain tidak bukan nak dakwa Rahman salahguna kuasa bagi kontrak kerajaan pada adik beradik.

Gempak bukan main hebat.Dalam sidang medianya secara live di facebook, Rafizi mendakwa dia telah membuat penyiasatan dan penyelidikan dan mempunyai bukti yang kukuh pasal itu.

Itulah juga menjadi ayat standard bila Rafizi  buat pengumuman pasal pendedahan-pendedahan yang dibuatnya dari masa ke semasa sebelum ini.

Entah dari longkang mana hero Pakatan ini kutip maklumat yang akhirnya bikin kredibilitinya sendiri telanjang bulat tanpa seurat benang.

Lebih bikin lawak…video sidang akhbarnya dicabut dari facebook tanpa penjelasan.Macam orang lari malam.

Juga tiada sebarang kenyataan kenyataan muncul dari Ahli Parlimen yang selalu cakap banyak ini.

Namun bukti pembohongan Rafizi ini tidak boleh padam begitu.Ramai juga yang sempat muatturun rakaman video sidang akhbarnya.

Setakat mana Rafizi nak menyorok.

Kita tunggu…siapa tahu mungkin dia akan muncul balik pada Selasa dengan alasan yang sempoi untuk coverline atas pembohongan itu.

Rahman dalam tweetnya pasal kes itu menyifatkan Rafizi kantoi big time.

“Sekali lagi Rafizi secara sengaja merekacipta satu pembohongan besar dalam kerakusan beliau untuk memfitnah saya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak. Ini membuktikan Rafizi adalah seorang pembohong tegar  bersiri (compulsive serial liar) yang tidak pernah takut kepada Allah,”katanya.

Menurut Rahman beliau akan berbincang dengan peguamnya dalam masa yang terdekat ini untuk tindakan undang undang seterus terhadap pembohong tegar bersiri bernama Rafizi Ramli ini.

Dalam pada itu Rahman juga muncul pada sidang akhbar di tapak Expo Negaraku di Dataran Merdeka bersama  Raslan yang didakwa abangnya.

Sambil berjenaka kata Raslan lebih handsome darinya,Rahman tayang balik video sidang akhbar Rafizi yang sempat dimuaturun oleh pembantunya kepada wartawan.

Menteri itu kata Rafizi telah cabut video itu kerana sedar dia buat kesilapan dan mahu padam pembohongannya.

Rahman menjelaskan beliau tidak kenal Raslan sebelum dapat kontrak laksana Expo Negaraku.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana