Puad cabar Nurul Izzah dedah bukti undi pos diseleweng

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar perlu membuktikan kepada umum kononya berlaku penyelewengan undi pos susulan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menggunakannya bagi menyelamatkan kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mengulas perkara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk  Mohd Puad Zarkashi berkata undian secara pos bukan perkara baharu, malah wakil pembangkang turut hadir ketika proses dijalankan.

“Kenyataan Nurul Izzah mengenai empat juta pengundi pos akan menjadi talian hayat BN adalah taktik lama pembangkang untuk mengelirukan rakyat menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.

“Sebenarnya, pembangkang lakukan sedemikian semata-mata untuk membangkitkan rasa benci rakyat bahawa kerajaan tidak demokratik,” katanya yang dipetik daripada BH Online.

Semalam, Nurul Izzah dalam satu kenyataan mendakwa langkah SPR menetapkan kategori skim anggota keselamatan dan kesihatan sebagai pengundi pos pada PRU-14 menandakan akan berlaku permainan kotor membabitkan SPR pada PRU akan datang.

Pada masa sama, Puad berkata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebenanrnya sudah maklum bahawa majoriti anggota keselamatan dan kesihatan bertugas ketika PRU berlangsung.

“Oleh itu, SPR mempunyai alasan kukuh supaya golongan berkenaan dapat menunaikan tanggungjawab lebih awal sebagai pengundi ketika pilihan raya nanti,” kata beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana