PRU-14 pertembungan BN lawan DAP

Pilihan Raya Umum ke-14 disifatkan sebagai perjuangan BN menentang DAP susulan parti cauvinis itu mendominasi pakatan pembangkang.

Mengulas perkara itu, EXCO Pemuda UMNO, Datuk Fathul Bari Mat Jahya mendakwa situasi itu semakin jelas apabila parti serpihan PAP itu menjadi nakhoda dalam Pakatan Harapan.

“Saya juga melihat DAP tidak akan memberikan laluan mudah kepada Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menjadi Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku di Perak sebelum ini membuktikan bahawa mereka mengawal pentadbiran walaupun Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,” katanya

Beliau berkata demikain selepas menyampaikan sumbangan peralatan sekolah oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) kepada pelajar dari kawasan Parlimen Pasir Mas hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.

Tambah Fathul yang juga Ketua Penerangan KP1M, rakyat digesa memberikan mandat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana