Polis arah Zaid Ibrahim ke Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim dijangka akan memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, pagi esok.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, arahan itu dipercayai berkaitan dengan tweetnya yang mengkritik titah Sultan Selangor pada 5 Disember lalu.

"Tidak, saya tidak tahu (peruntukan undang-undang), saya hanya mendapat mesej (untuk saya) pergi ke sana, tidak ada masalah, saya akan pergi dan menjawab soalan," katanya yang dipetik Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun berkata pihak polis tidak memberitahunya berhubung peruntukan undang-undang akan digunakan semasa siasatan.

"Saya rasa polis terpaksa menyiasat kerana ramai yang membuat aduan dan ini telah menjadi isu awam," katanya.

"Polis perlu siasat sama ada saya melanggar sebarang undang-undang, jadi mereka perlu mendengar penjelasan saya," katanya.

Sebelum ini, Zaid menerusi akaun Twitternya mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang antara lainnya menegur bekas Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu menghina Bugis.

Menerusi kenyataan di media sosial itu, Zaid memberitahu Sultan Sharafuddin harus lebih berhati-hati dengan kata-kata baginda kerana tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar.

Tindakan itu telah mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin yang turut menyifatkan bekas menteri itu sebagai seorang yang biadab.

Walau bagaimana pun Zaid terus mempertahankan dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak ada unsur hasutan dalam tweetnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana