Perak aman damai... stabil di bawah kepimpinan Zambry

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman berkata secara rasionalnya tiada sebab rakyat akan  menolak Barisan Nasional negeri Perak  kerana “BN terus mantap, kuat dan kukuh.”

Katanya  sejak Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir menerajui pimpinan negeri selama hampir sembilan tahun bermula pada 2009 rakyat Perak  sentiasa hidup aman damai.

`` Apa sebab (mereka) nak tumbangkan BN?. . . BN masih mantap, kukuh walaupun pembangkang   sedaya upaya terus membuat serangan menabur fitnah, tohmahan termasuk memaki hamun.

`` Perak kini  berada dalam keadaan yang aman damai stabil. . .  siapa saja boleh ke sana ke mari nak buat urusan apapun seperti hendak berniaga ke. . . “

“Dan  NGO pula boleh datang buat kebajikan ke . . . tak ada masalah,” katanya.

Tetapi beliau sempat berpesan “kalau hendak menjadi kaya kena rajinlah . . . pergi tanam pokok durian, ternak lembu. . . jadi kalau kita sebagai individu kita tak rajin jangan salahkan orang lain atau kerajaan.

``Di negeri Perak ni banyak peluang aktiviti ekonomi yang boleh dilakukan …jadi tiada sebab nak tumbangkan kerajaan BN….cuma lepas pilihanraya ini banyak lagi kita nak buat tambah lagi,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai  DUN Kampung Gajah di Masjid Al Makmur, Sungai Galah pada Ahad.

Tajuddin  yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak seterusnya berharap kalau sekiranya Dr Zambry kekal menjadi Menteri Besar dia akan meneruskan banyak program yang hebat.

`Program yang hebat  terutama sekali membantu ekonomi orang Melayu …banyak lagi kita nak buat..saya mengharapkan begitu.

`` dan lebih baik kita beri sokongan dan teruskan dengan kepimpinan begitu daripada memilih pembangkang yang tak tentu siapa latar belakangpun tak tahu ..yang tak boleh kita harapkan apa guna?...buat apa kita perjudikan masa depan kita,’’ katanya.

Beliau mengulas dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu ceramah di Meru kawasan Parlimen Tambun baru-baru ini yang mendakwa kononnya Pakatan Harapan akan menawan Perak pada PRU ke 14 nanti sekaligus menyaksikan Dr Zambry tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak selepas ini.   

Ditanya mengenai Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, katanya, segala ucapan yang disampaikan pemimpin parti terutamanya Presiden UMNO bukan sebarang ucapan.

Katanya ucapan Perdana Menteri menjurus kepada apa yang perlu kita lakukan untuk menghadapi peperangan besar ini, bukan main-main—ia sangat penting.

Tajuddin meminta ahli-ahli UMNO sentiasa pasang niat iaitu niat mahu menang besar.”Tanpa niat selalunya tak jadi… Tuhan nak tengok niat betul ke tak betul…niat kita nak menang besar dua pertiga atau pun lebih.

Katanya selain dari niat, jentera parti amat penting. “Kita dan  pemimpin kita mesti mendekati pengundi kerana pengundi berada di mana-mana. “Ada di dalam kawasan, luar kawasan… jaringan rakyat  perlu ditingkatkan kerana ramai pengundi tak dapat dikesan… pindah kita tak tahu..ini banyak kerja perlu dibuat.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana