PEGAWAI IMIGRESEN DI KLIA DITAHAN KES BOLOS WARGA ASING...PADAN MUKA

Jabatan Imigresen telah menahan beberapa pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) yang disyaki terlibat melakukan tindakan tidak berintegriti berikutan laporan pembolosan warganegara asing khususnya warga Bangladesh melalui sindiket terancang di KLIA.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata pegawai berkenaan masih di tahan di ibu pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut dan pihak jabatan telah mengambil tindakan dalaman.

Tanpa mendedahkan bilangan pegawai yang ditahan itu, beliau berkata: “Apa yang pasti, tindakan serta-merta sudah diambil dengan penahanan pegawai terbabit dan mereka masih disoal siasat.

Sekiranya, terbukti mereka terlibat dalam sebarang pelanggaran integriti, tindakan tegas dan pencegahan akan dikenakan termasuk buang kerja.

“Tetapi ia bergantung kepada sejauh mana pembabitan mereka dalam perkara ini. Mengenai tindakan dalaman itu, saya tidak mahu mendedahkan secara spesifik tetapi pasti ada tindakan tegas.

Kami akan pasti lakukan tangkapan ke atas pegawai dan dalang terlibat kalau jelas terlibat,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Khamis lalu, sebuah akhbar tempatan mendedahkan buruh haram warga Bangladesh diseludup masuk ke negara ini melalui KLIA setiap hari diuruskan empat sindiket besar beroperasi di Kuala Lumpur dan Dhaka, Bangladesh.

Sindiket terbabit dikatakan mampu mendapat keuntungan RM5.2 juta setahun dengan mengenakan bayaran antara RM15,000 ke RM20,000 setiap seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen serta pihak Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana