PAS buat senarai kerosakkan jika lantik semula Mahathir jadi PM...

Melantik semula bekas negarawan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika Pakatan menang PRU14 akan merosakkan negara, kata seorang pemimpin kanan PAS.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata pemilihan bekas Perdana Menteri itu sekali lagi sukar diterima orang yang waras.

Katanya, kerosakan yang dibuat melalui dasar dan amalan sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir hingga hari ini masih membebankan rakyat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pelbagai usaha pembetulan semula dilakukan pada zaman pemerintahan dua Perdana Menteri selepas Dr Mahathir, juga oleh kerajaan negeri yang pernah dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, masih belum berupaya membaiki kerosakan itu.

"Selama 22 tahun pemerintahan Mahathir, beliau memperkenalkan dasar dan amalan pemerintahan yang merugikan negara dan rakyat.

"Ketika pemerintahan Mahathir, beliau melakukan pemusatan kuasa yang cukup jelas dengan menjadikan kuasa Perdana Menteri begitu besar sehingga berlaku campur tangan terhadap Institusi Kehakiman dan Legislatif.

"Malah, beliau sebagai Perdana Menteri berjaya menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui dua pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1983 dan 1993," katanya dalam kenyataan.

Mohd Zuhdi berkata, Mahathir juga menghakis dasar dan amalan berkaitan dengan federalisme sehingga melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri seperti dalam isu yang berkaitan dengan royalti petroleum.

"Sekiranya Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi, diyakini beliau akan menjadi lebih kuku besi daripada sebelum ini.

"Di dalam aspek ekonomi pula, Mahathir memperkenalkan dasar dan amalan yang banyak merugikan negara dan rakyat.

"Akibat daripada dasar dan amalan itu menyebabkan rakyat menanggung bebannya sehingga hari ini, seperti kenaikan kos sara hidup, hutang isi rumah terus meningkat dan jurang kaya-miskin yang melebar," katanya.

Beliau berkata, satu daripada dasar yang diperkenalkan Mahathir yang semakin kelihatan kegagalannya ialah Dasar Penswastaan yang menyebabkan rakyat sehingga hari ini menanggung kenaikan kadar tol, tarif elektrik dan air yang tinggi, bebanan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan lain-lain.

Selain itu, katanya terdapat beberapa lagi dasar dan amalan zaman pemerintahan Dr Mahathir yang membebankan rakyat seperti penggalakan pemilikan kenderaan peribadi, peminggiran sektor pertanian, dan penyuburan peranan orang tengah.

"Ketika pemerintahan Mahathir juga, rakyat turut menghadapi pelbagai kesan buruk dalam aspek sosial. Salah satu perkembangan sosial yang tidak sihat semasa pemerintahan beliau ialah mengurangkan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menentukan rupa bentuk bangsa dan jati diri rakyat Malaysia.

"Beliau memperkenalkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara langsung menghakis peranan bahasa Kebangsaan dalam pendidikan.

"Di zaman Mahathir juga, berlakunya liberalisasi pendidikan tinggi sehingga bahasa Kebangsaan semakin terpinggir di peringkat pendidikan tinggi.

"Selain itu, tidak dapat dilihat kejayaan Dr Mahathir ketika pemerintahannya dari segi pengukuhan perpaduan kaum, pembasmian penyalahgunaan dadah, pengurangan jenayah dan lain-lain," katanya.

Mohd Zuhdi berkata, berdasarkan sebab dinyatakan, PPP berpendirian usaha gabungan pakatan pembangkang untuk menyerahkan semula mandat kepada Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya menang PRU-14 akan menyebabkan negara dan rakyat terus terjerumus dengan kerosakan politik, ekonomi dan sosial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana