PAS bayangkan negara hancur jika Tun M jadi PM

KOTA BHARU: PAS menjangkakan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menghancurkan negara sekiranya beliau diangkat semula menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata demikian ekoran kepada beberapa peristiwa yang tidak baik berlaku ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri itu seperti tragedi Memali; krisis raja-raja Melayu; isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelbagai lagi perkara lain.

Malah katanya, disebabkan Pengerusi PH itu, kerajaan pada masa kini terpaksa membersihkan pelbagai 'penyakit' yang berpunca ketika zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

"Saya tidak nampak apa relevannya untuk memberikan semula kepercayaan kepada Dr. Mahathir yang dijangka kembali menghancurkan negara.

"Jadi, Dr. Mahathir wajib ditolak dan rakyat boleh memberi kepercayaan kepada PAS yang mengamalkan budaya politik matang untuk meneraju negara," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS negeri berkata, langkah PH menamakan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri membuktikan gabungan tersebut tidak mempunyai tokoh yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

"Orang seperti Dr. Mahathir ini boleh berubah pada bila-bila masa dan sering melakukan 'U-turn'. Ini termasuk pendirian terbarunya yang mahu Anwar dibebaskan daripada penjara sedangkan beliau sebenarnya yang bertanggungjawab menyingkirkan Anwar dahulu," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana