Najib Umum Mahathir Kini ‘Bekas Negarawan’

PENGKHIANAT negara sememangnya tidak layak dipanggil negarawan. Rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “Bekas Negarawan”.

Semasa menyampaikan ucapan dasarnya Najib berkata bekas negarawan itu kini mengetuai “parti bunga raya” atau “kembang sepatu” yang merujuk kepada logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Ini tak masuk lagi cerita parti bunga raya atau istilah dulu-dulu, kembang sepatu yang diterajui bekas pucuk pimpinan Umno dan seorang bekas negarawan,” katanya merujuk Mahathir.

PPBM dilihat gagal menguruskan pertubuhan berkenaan dan tidak membawa sebarang “nilai”.

Sambil sedikit berlapik – dengan kata “maaf cakaplah” – Najib berkata PPBM khabarnya mahu berjuang untuk orang Melayu dan Islam tetapi rela dipergunakan oleh DAP.

“PPBM sedang dijadikan perkakas oleh DAP yang terang-terang anti-Melayu dan Islam, (seperti) tercatat dalam perlembagaan DAP, langsung tidak menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya,” katanya.

Semasa menyentuh mengenai perkembangan semasa ekonomi negara Najib sekali lagi merujuk Dr Mahathir sebagai “bekas negarawan”.

Menurut Najib pembangkang menyerang kerajaan dengan mendakwa Malaysia kini sebuah negara gagal dan bakal bankrap sedangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga tahun ini berada pada kadar 6.2 peratus, iaitu antara yang tertinggi di dunia.

“Bahkan kedudukan ekonomi sekarang terbukti jauh lebih baik daripada KDNK negara 1998, iaitu penurunan 7.4 peratus di zaman pimpinan bekas negarawan itu.

“Rizab antarabangsa terkini pula sebanyak RM429 bilion berbanding 1997 dan 1998, ketika kegawatan ekonomi Asia, rizab negara hanyalah RM59.1 bilion.

“Fikirlah sendiri, kalau rizab serendah RM59.1 bilion, belum campur RM31 bilion yang hilang entah ke mana pun, negara masih tidak dituduh bankrap,” katanya merujuk kepada skandal dagangan mata wang asing (forex) yang berlaku pada era Dr Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana