Naikkan Surcaj Air… Apakah Kantung PBAPP Sudah Kering Hingga Guan Eng Terus “Mendenda” Rakyat?

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pengerusi Jawatankuasa Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar mempersoalkan tindakan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang mahu menaikkan sekali lagi kadar surcaj air setelah menaikkannya sebanyak 100 peratus kali pertama pada 2013 dan menaikkan tarif air pada 2015.

Soal beliau, adakah PBAPP di bawah pengerusinya Ketua Menteri Lim Guan Eng sudah kekeringan simpanan tunai sehingga perlu terus ‘mendenda’ rakyat untuk menampung keuntungan yang semakin menyusut.

Beliau turut menyoal samada PBAPP ada mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 2016 untuk menaikkan tarif air sekali lagi pada tahun 2017 hanya kurang lebih setahun selepas tarif dinaikkan pada April 2015.

“Apabila permohonan tersebut ditolak oleh SPAN kerana tarif air baru saja dinaikkan pada 2015, PBAPP telah memohon pula untuk menaikkan Surcaj Penjimatan Air dari 48 sen kepada 100 sen (RM1.00) untuk setiap 1000 liter.

“Apakah PBAPP di bawah Kerajaan pimpinan Dap akan menaikkan kadar surcaj dan tarif air setiap dua tahun sekali? Sebenarnya, kenaikan kadar surcaj adalah sama saja dengan kenaikan tarif air, hanya berbeza pada istilah sahaja,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Azizi turut membidas kerajaan Dap Pulau Pinang yang berpandangan kononnya kenaikan surcaj yang tinggi perlu untuk memaksa pengguna menjimatkan penggunaan air, namun begitu apabila logik yang sama digunakan oleh kerajaan persekutuan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) untuk memansuhkan subsidi petrol dan diesel, mereka menolak malah menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

“Mereka menuduh kerajaan persekutuan tidak prihatin dengan kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat tetapi tidakkah Dap sedar bahawa merekalah yang menekan hidup rakyat di Pulau Pinang kerana acapkali menaikkan surcaj air.

“Ini belum lagi mereka mempunyai kuasa mutlak dalam memerintah negara ini, jika merekalah pemerintah negara, entah apalah yang akan mereka lakukan kelak,” tambahnya lagi.

Mengulas lebih lanjut berkaitan permohonan PBAPP untuk menaikkan surcaj air, Azizi turut melontarkan persoalan apakah alasan yang bakal diberikan kelak sekiranya rakyat mempersoalkan mengapa SPAN menaikkan surcaj air.

“Jika SPAN meluluskan permohonan PBAPP itu dan rakyat mula melahirkan rasa tidak puas hati, tentunya Guan Eng sebagaimana kebiasaannya akan menyalahkan Kerajaan Persekutuan dan SPAN.

“Tetapi jika SPAN tidak meluluskan permohonan tersebut, Guan Eng akan memutar belit cerita dan menuduh kerajaan persekutuan pula menggunakan kuasa untuk menyusahkan PBAPP.

“Kemungkinan ini tidak mustahil berlaku kerana inilah sikap Dap yang memang diketahui ramai,” katanya lagi.

Untuk rekod, kadar surcaj semasa mula diperkenakan pada tahun 2010 dengan kadar 24 sen setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter kegunaan air sebulan. Kadar itu kemudiannya dinaikkan 100 peratus kepada 48 sen pada 2013 setelah kadar penggunaan air per kapita sehari Pulau Pinang tidak juga turun.

Surcaj Penjimatan Air gagal menurunkan kadar penggunaan air harian per kapita Pulau Pinang. Kenaan surcaj hanya mendatangkan pendapatan tambahan kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana