MASA DR MAHATHIR, KIT SIANG SUDAH BERLALU

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang sudah tidak lagi relevan untuk memimpin Malaysia menghadapi cabaran masa depan.

Pandangan itu disuarakan sayap Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi mengulas gesaan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, supaya rakyat menolak pemimpin lapuk yang hanya mampu membawa idea lampau.

Ketua Pemuda MIC, C Sivarraajh, berkata era kegemilangan Mahathir, 92, dan Kit Siang, 76, sudah lama berlalu dan mereka seharusnya menyerahkan tampuk kepemimpinan kepada individu lebih muda dan sesuai dengan perubahan zaman.

Katanya, ia terbukti dengan melihat pada visi pembangkang yang tidak langsung memiliki agenda untuk orang muda, berbanding BN yang melakukan pelbagai inisiatif, khususnya Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mendepani cabaran masa depan.

“Jika mahu golongan muda hadapi cabaran masa depan, kita perlukan pemimpin muda atau berjiwa muda, yang faham keperluan golongan muda supaya pembangunan negara boleh bergerak ke tahap lebih tinggi.

“Kita hargai apa yang Dr Mahathir lakukan lebih 20 tahun, tetapi dia tak perlu lagi menjadi Perdana Menteri. Jagalah rasa hormat rakyat Malaysia padanya sebagai negarawan.

“Kit Siang pula memang sudah tidak relevan dan sekadar boleh bermimpi untuk jadi Perdana Menteri.

“Pakatan Harapan hanya sibuk berpolitik dan membangkitkan rasa benci serta semangat perkauman dan tidak memiliki sebarang agenda untuk golongan muda,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ketua Pemuda GERAKAN, Tan Keng Liang, berkata Malaysia akan ketinggalan zaman jika masih menagih khidmat pemimpin lapuk untuk mentadbir negara.

Malah, katanya, hasil kaji selidik Pemuda GERAKAN mendapati kebanyakan golongan muda terkejut dengan tindakan pembangkang menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

“Kita tidak pernah dan tidak perlu ada Perdana Menteri yang berusia lebih daripada 90 tahun, malah saya rasa mana-mana negara pun tidak ada pemimpin sebegitu.

“Kita perlukan pemimpin untuk masa depan, bukan pemimpin masa silam. Pembangkang ketandusan pemimpin dan terdesak apabila memilih Dr Mahathir sedangkan selama ini mereka mahu menjatuhkannya. Ini sangat aneh.

“Adakah kita mahu individu yang menjadi Perdana Menteri pada 1981, menjawat semula jawatan itu pada 2020? Inikah visi Wawasan 2020 yang dijanjikan Dr Mahathir,” katanya.

Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M Kayveas, berkata pemimpin lapuk yang tidak lagi berniat untuk berkhidmat perlu memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda serta bekerja keras.

“Kit Siang dan Dr Mahathir adalah perkongsian yang tidak ada perjuangan dan hanya mahu merampas kuasa daripada orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana