MAHATHIR MAHU TUNJUK SIAPA LEBIH BESAR!

Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad memulangkan kembali darjah kebesaran kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertujuan membuktikan kepada rakyat bahawa kedudukannya adalah lebih tinggi berbanding raja-raja Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Sohaimi Shahadan berkata, sikap yang ditunjukkan Mahathir itu juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau kini sealiran dengan prinsip perjuangan DAP yang tidak menjunjung tinggi kedudukan raja-raja Melayu.

Justeru, katanya, beliau yakin Mahathir sebenarnya telah berjaya ‘ditarbiyahkan’ oleh DAP untuk mengikut telunjuk mereka sejak menyertai Pakatan Harapan seperti yang dilakukan pembangkang keatas Datuk Zaid Ibrahim yang kini mengherdik raja-raja Melayu.

“Jika itu sikap pemimpin Pakatan Harapan, maka rakyat (khusunya kaum Melayu) perlu membuka mata dan menilai apakah pembangkang boleh menjadi pertaruhan dalam mempertahankan institusi diraja dan agama Islam andai mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Sohaimi berkata, sememangnya layak Mahathir memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterimanya kerana keceluparan beliau.

Bagaimanapun, katanya, lebih daripara itu, ia adalah manifestasi kepada kebiadapan Pengerusi Pakatan Harapan yang tidak langsung menghormati institusi kesultanan di negara ini.

“Tidak jatuh maruah seseorang itu jika memohon maaf terhadap kesilapan yang dilakukanya. Malah, berjiwa besar kerana mengakui kesilapannya. Tetapi semua itu tiada pada Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, pendirian Pakatan Harapan terhadap kedudukan raja-raja Melayu berbeza dengan UMNO yang dikemudi Datuk Seri Najib Tun Razak yang melafazkan sumpah setia untuk mengangkat dan mempertahankan bangsa Melayu, institusi Raja dan Islam sebagai agama Persekutuan.

“UMNO akan sentiasa menjadi benteng kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Media pembangkang hari ini dengan bangga melaporkan Mahathir memulangkan semula darjah kebesaran kepada Sultan Selangor selepas Sultan Sharafuddin menegur tindakan Mahathir cuba memecahbelahkan masyarakat demi kepentingan politik pembangkang.

Mahathir sejak meninggalkan UMNO dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk menghasut kaum Melayu terutama di kawasan-kawasan kampung untuk menyokong pembangkang terutama parti DAP dalam PRU14 akan datang. – MNH

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana