KOS HIDUP TINGGI: HADI AJAK RAKYAT MUHASABAH DIRI

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi mengajak rakyat untuk muhasabah diri berhubung isu kos sara hidup yang tinggi berikutan kenaikan harga barang dan perkhidmatan hingga membebankan kegidupan mereka.

Beliau memetik Surah As-Syura: 27-30 yang bermaksud:

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata. (27) Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata dan (ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji. (28) Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata dan Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya). (29) Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu).

Hadi dalam satu kenyataan yang dipetik daripada di HarakahDaily berkata, kos sara hidup menjadi perbincangan hangat hari ini, khususnya apabila ia membebankan kehidupan rakyat sehingga pendapatan tidak mampu menanggung perbelanjaan hidup seharian.

Katanya, kalaulah yang berpendapatan sederhana yang besar jumlahnya mengeluh, apatah lagi kalangan berpendapatan rendah yang sangat besar juga jumlahnya, penganggur dan golongan kurang upaya. Ia tidak mengira yang bergaji atau bekerja sendiri juga menghadapi bebanan yang sama.

Dalam hal ini juga, beliau mencadangkan kerajaan sekarang perlu membuat kajian semula terhadap kesilapan yang lalu, kerana kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan dalam menanggani kos sara hidup yang tinggi ekorang kenaikan harga barag dan perkhidmatan.

Lebih malang, dakwa beliau kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar kerana semakin besar bandar yang dinaik taraf khususnya apabila disebut bandar raya, semakin berat bebanannya. Petani dan nelayan pula menghadapi peniaga dan penyangak yang juga membebankan kos sara hidup bagi pendapatan keperluan yang bukan kerjanya, kata Hadi.

Menurutnya tanpa mengira pelbagai punca yang menjadi penyebab meningkatnya kadar inflasi yang melibatkan apa sahaja barangan, perkhidmatan, kejatuhan nilai mata wang, pengurusan, kuasa membeli dan lain-lain atau melibatkan kerajaan, kalangan rakyat dan penggiat ekonomi, semuanya wajib dilakukan muhasabah yang semestinya ditangani oleh semua pihak supaya melakukan islah dan perubahan.

Menurut beliau ayat-ayat Al-Quran yang disebut di atas menegaskan betapa kebijaksanaan Allah mentadbir manusia, bukan sekadar menurunkan hidayah-Nya yang dapat dibaca, bahkan manusia juga dikurniakan akal, pancaindera, ilmu dan kemampuan jasad serta rezeki yang cukup secara saksama dan adil.

Menurut beliau, sebenarnya manusialah melakukan kesalahan dalam urus tadbir kehidupan mereka, kerana menggunakan akal semata-mata tanpa moral yang luhur apabila meninggalkan hidayah Allah, khususnya sifat mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan masyarakat, sifat tamak haloba mengejar keuntungan tanpa simpati terhadap pengguna.

Dalam masa yang sama Abdul Hadi menjelaskan Rasulullah S.A.W. juga mengajar akhlak bersimpati dalam kalangan peniaga yang menjual dan pengguna yang membelinya:
“Allah mengurniakan rahmat kepada seorang yang bersikap mudah dan bertimbangrasa apabila menjual, membeli dan mengendalikan tuntutan” (Sahih Bukhari)

Akhlak bertimbang rasa daripada semua pihak berkonsepkan persaudaraan kemanusiaan sangat penting kerana melahirkan simpati yang boleh mewujudkan kesimbangan yang adil di antara pendapatan, keperluan dan pengurusan. Seperti pendapatan, gaji dan upah yang mencukupi sara hidup dan kawalan terhadap kegiatan ekonomi seimbang seluruhnya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mahu pihak kerajaan campur tangan apabila wujudnya masalah rakyat yang mengganggu kehidupan mereka mengikut nas hukum syariat atau Siyasah Syariayah atau Maqasid Syariah.

Menurut Hadi, apabila berlakunya inflasi pada zaman Rasulullah S.A.W. dan ada permintaan supaya menghadkan harga barangan:

Telah berlaku kenaikan harga barangan pada zaman Rasulullah S.A.W, lalu mereka mengadu: Wahai Rasulullah! Tetapkan harga barangan. Sabda Rasulullah S.A.W bahawa Allah yang menentukan rezeki, sama ada melimpah rezeki dan mengurangkannya. Dia Maha melimpah rezekinya. Aku mengharapkan bertemu Allah (di akhirat nanti) tidak siapa yang menuntut terhadapku kerana menzalimi darah dan hartanya).” – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana