KALAU PAS MENGHASUT MAKA DAP 1000 KALI LEBIH MENGHASUT

Oleh: Dr. Kamarul Yusoff

Panas berapi-api nampaknya kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam yang menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu.

Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya Datuk Seri Abdul Hadi mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif.

Antara istilah yang Lim Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans).

Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini yang mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam.

Melihat kepada kronologi isu politik di Malaysia mutakhir ini, intipati sebenar tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini, pada hemat saya, adalah menjurus kepada persoalan melantik ketua kerajaan (Perdana Menteri) yang, mengikut beliau, mestilah datang daripada penganut Islam.

Apa yang mahu ditunjukkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi adalah bahawa golongan Islam, tidak seperti golongan sekular di pelbagai tempat lain yang hanya melantik golongan mereka sebagai anggota kabinet, turut melantik golongan bukan Islam sebagai anggota kabinet.

Ini di antara lainnya terangkum di dalam ayat Datuk Seri Abdul Hadi ini: “Para ulama Fiqh Politik Islam, di antaranya Al-Mawardi, mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan)”.

Jika Lim Guan Eng menganggap perjuangan Islam PAS sebagai menghasut, merbahaya, perkauman dan ekstremis, maka perjuangan Malaysian Malaysia DAP sebenarnya adalah jauh lebih menghasut, lebih merbahaya, lebih ekstremis dan lebih tidak berperlembagaan.

Matlamat PAS, iaitu “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”, adalah selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Matlamat Malaysian Malaysia DAP, untuk mensekularkan Malaysia dan untuk menghapuskan perbezaan antara "Bumiputera" dan "bukan Bumiputera", pula bukan sahaja menghasut malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, khasnya Perkara 3 dan Perkara 153.

Begitu juga dengan matlamat DAP untuk “memulihkan pilihan raya tempatan”, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14 Ogos 2014 bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sukar dibayangkan nasib Malaysia jika DAP memerintah bila sekarang pun Lim Guan Eng sudah berani sifatkan tindakan menyebut apa yang ulama Fiqh Politik Islam seperti Al-Mawardi katakan sebagai menghasut, merbahaya, ekstremis dan tidak berperlembagaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana