KAJIAN BN JOHOR KALAH DALAM PRU14 TIDAK TEPAT...MANA KAJIAN PUAK INI DAPAT...?

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menolak kajian dibuat sebuah institut Singapura yang mendakwa Barisan Nasional (BN) negeri akan kehilangan sokongan di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, kajian tersebut dibuat secara rambang dan tidak menggambarkan realiti sebenar di setiap peringkat dalam negeri ini.

“Kajian itu turut mengatakan BN mungkin kehilangan Parlimen Pulai, tetapi saya tidak rasa begitu kerana PRU lalu juga ada pihak mengatakan sedemikian.

“Saya rasa kajian itu tidak lengkap, ia tidak menggambarkan ciri-ciri sebenar di setiap kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Bawah 10 Tahun dan Bawah 12 Tahun di Pusat Komuniti Parlimen Pulai, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana