JANGAN LEKA BUDAYA FITNAH PEMBANGKANG DI MEDIA SOSIAL – SYED ALI

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan kepada jentera parti agar jangan leka dengan pembangkang yang aktif membuat provokasi menerusi media sosial.

Menurutnya, ada pihak berkata UMNO tidak perlu gusar dengan media sosial pro pembangkang kerana ianya berbau fitnah.

“Tetapi kita (UMNO) tidak boleh menganggap perkara mudah kerana pilihan raya umum (PRU) ke-14 merupakan pertempuran paling sengit membabitkan penggunaan media sosial.

“Fitnah merupakan perbuatan amat terkeji yang menyimpang daripada asas kebenaran tetapi perbuatan itu tetap menjadi pilihan pembangkang kerana mereka percaya memfitnah boleh memesongkan pertimbangan akal,” katanya dalam catatan terbaharu di blognya umnobahagiancheras.blogspot.com di sini, hari ini.

Justeru katanya, UMNO perlu berkerja keras menyekat penyebaran fitnah yang ditularkan pembangkang kerana selain merosakkan pertimbangan akal malah boleh menjerumuskan masa depan negara dalam keadaan bercelaru.

“Apabila ada satu kumpulan mempercayai sesuatu pembohongan yang dilakukan secara fitnah, maka ini akan memberi kesan negatif terhadap pembangunan insan dan negara itu sendiri,” ujarnya.

Baru-baru ini di dalam Konvensyen Media Sosial UMNO Sabah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak akan membiarkan fenomena penyebaran berita palsu dan fitnah menerusi media sosial di negara ini dilakukan sewenang-sewenangnya atas alasan kebebasan bersuara.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu turut berkata tindakan perlu diambil sebelum fenomena menyebar fitnah dan berita palsu berkenaan dianggap masyarakat sebagai perkara biasa atau lazim dalam kalangan rakyat negara ini.

Dalam perkembangan yang lain, Syed Ali yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Cheras berkata setiap ahli berperanan untuk memenangkan parti di dalam pilihan raya sehingga mampu membentuk kerajaan.

Sehubungan itu katanya, sindrom ‘cah keting’ kerana kecewa diharap tidak akan berlaku jika seseorang atau mana-mana wakil komponen dalam Barisan Nasional (BN) tidak tersenarai sebagai calon pada PRU akan datang.

“Mana-mana calon yang tidak terpilih, perlu berlapang dada dan memusatkan perhatian untuk terus berganding bahu membantu jentera parti mengalahkan parti lawan.

“UMNO mahu menang cemerlang bagi membentuk kerajaan yang lebih stabil dengan sokongan padu komponen BN,” tegasnya sambil berkata pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat.

Justeru katanya, semua pihak diingatkan agar tidak memberi tekanan kepada kepada Perdana Menteri berhubung pemilihan calon PRU ke-14 akan datang.

“Ini kerana fokus kita memenangi seberapa banyak kerusi dalam PRU ke-14 dan seterusnya membentuk kerajaan di bawah kepimpinan Najib, yang juga Presiden UMNO.

“Soal pengagihan kerusi sama ada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen juga tidak sewajarnya dijadikan isu oleh mana-mana komponen BN.

“UMNO dan BN perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk menilai dan memilih calon yang berupaya memastikan BN memenangi lebih 2/3 kerusi di Dewan Rakyat,” ujarnya.

Beliau juga mahu pemimpin UMNO dan BN menerima keputusan dibuat oleh Najib kerana setiap tindakan itu menjuruskan kepada kepentingan kepada parti. – Media UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana