Jangan ganggu siasatan polis terhadap Felda

KOTA BHARU: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar meminta kepada semua pihak untuk tidak menganggu siasatan pihak berkuasa terhadap isu kehilangan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak.

Ujar beliau, dengan membuat pelbagai andaian, ia tidak akan membantu siasatan sebaliknya sia-sia kerana isu Felda adalah masalah rakyat dan bukan melibatkan isu politik atau Umno.

“Bila ada tuduhan biar proses siasatan berjalan kerana kita ada sistem penyiasatan dan akan ada proses seterusnya.

“Biar pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan tugas mereka tanpa gangguan,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar Strategk Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kampung Chetok, Kedai Piah di sini hari ini.

Tambah Annuar, isu Felda akan menambah keyakinan rakyat terhadap Umno jika ia dilihat pada perspektif yang betul.

“Isu Felda ini bukan dibangkitkan oleh pembangkang tetapi dari kami dalam kerajaan sendiri kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbuka kepada teguran.

“Kita kena bezakan parti dengan kerajaan. Apa-apa agensi kerajaan tidak kira Felda atau Mara, kita kena ingat kita pegang amanah rakyat. Jadi, bila pegang amanah rakyat akan ada tuduhan dan persepsi,” katanya.

Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Tanah itu kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda dikenali sebagai KLVC Tower1A.

Media yang memetik sumber melaporkan, dipercayai pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana