Isu FELDA: Apabila veteran PAS persetankan maruah orang Islam

Tersentak juga membaca tulisan veteran PAS, Subky Latif apabila beliau memuji orang kafir kerana peka maruah manakala orang Islam dituduhnya persetankan maruah.

Beliau memberi gambaran itu kerana kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa bersikap enggan mengambil tanggungjawab atas skandal yang berlaku di dalam FELDA.

Sikap Najib itu dakwanya memalukan orang Melayu dan Muslim kerana ia seolah-olah menunjukkan pemimpin tidak peka dengan maruah politik berbeza dengan orang kafir.

“Willy Brandt, canselor kafir Jerman Barat pada tahun 1970 meletak jawatan kerana skandal seorang menterinya. Bukan salahnya. (Tapi) demi menjaga maruah politik, dia (Brandt) meletak jawatan.

“Malulah orang Melayu/Islam tidak peka dengan maruah politik. Orang kafir pekakan maruah, orang Islam persetankan maruah,” katanya menerusi tulisan di portal rasmi PAS, Harakahdaily.

Subky juga bekas pengarang akhbar berkata amat ajaib jika Najib tidak tahu menahu mengenai tanah FELDA Jalan Semarak bertukar milik kepada syarikat lain.

Kata bekas ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu, isu terbaru membabitkan FELDA adalah skandal terbaru daripada banyak kekacauan di bawah pentadbiran Najib.

Justeru, kata Subky, Najib wajar melepaskan jawatannya atas nama maruah Melayu, Islam dan UMNO.

Tentu ramai tidak menyangka penulis tersohor PAS ini sanggup menghina orang Islam sedangkan umum tahu, orang Islam sentiasa mempertahankan maruah agama dan bangsanya.

Kedua, hanya Allah SWT sahaja yang serba atau Maha Mengetahui.

Maka, tidak hairanlah jika Perdana Menteri tidak mengetahui perkara-perkara tertentu termasuk tanah FELDA yang sudah dirampas atau dipindah milik oleh syarikat yang diberi tanggungjawab membangunkannya.

Begitu juga dengan Subky, jika tidak dilaporkan akhbar, beliau juga tidak akan tahu  mengenai rampasan tanah pejabat lama FELDA itu.

Bercakap mengenai projek  Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM6 bilion, ia bukan sahaja dalam pengetahuan umum malah Perdana Menteri.

Bagaimanapun, dalam soal rampasan tanah Jalan Semarak, jika Lembaga Pengarah FELDA tidak memaklumkan kepada Najib, tidak mungkin beliau tahu.

Ini kerana Perdana Menteri sendiri terperanjat apabila Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad yang mengetahui perkara itu memaklumkan kepadanya.

Barangkali itu juga keadaannya dengan isu-isu lain di dalam FELDA sebelum ini sehingga Najib menggantikan Tan Sri Isa Samad dengan Shahrir.

Ternyata Najib bukan seperti yang Subky sangka.

Perdana Menteri jelas mengambil tanggungjawab bagi membetulkan FELDA dan mahu agensi itu kembali kepada asal melalui pertukaran jawatan Pengerusi FELDA.

Dengan melantik Shahrir,  Ahli Parlimen Johor Bahru dan bekas menteri Kabinet itu membawa banyak perubahan dan penambahbaikan tadbir urus di dalam agensi tersebut.

Hampir genap setahun di FELDA, banyak isu yang mencetuskan pelbagai spekulasi dan kebimbangan peneroka sebelum ini sudah dan sedang diselesaikan Shahrir.

Malah dalam isu rampasan tanah Jalan Semarak, Najib mahu FELDA mendapatkan semula tanah itu bahkan Jabatan Peguam  Negara turut berperanan bagi membolehkan usaha tersebut tercapai.

Ini membuktikan Najib serius menjaga kepentingan FELDA, juga penerokanya yang sebilangan besar orang Melayu dan beragama Islam.

Jadi, bagaimana Subky boleh mendakwa Najib sebagai orang Melayu dan Islam yang tidak peka atau persetankan maruah .

Atau mungkin patut persetankan sahaja Subky Latif.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana