Dayangku Intan keluar PKR...

Bekas calon PKR Pengerang penyanyi 80-an Dayangku Intan yang menyertai PKR pada 2012 mengumumkan keluar parti Ahad.

“Saya ingin mengumumkan pengunduran diri dari PKR, Pakatan Harapan,”katanya dalam satu kenyataan dalam facebook rasminya @officialdayangkuintan.

Pemilik nama sebenar Tengku Intan Tengku Abdul Hamid itu berkata dia menyertai PKR, ketika parti itu bergabung dengan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

Namun, selepas PAS dikeluarkan daripada PR dan Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan pada 2015 yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah, dua tahun selepas itu dia mengambil keputusan untuk keluar parti.

“Dengan ini saya harap segala persoalan kini yang ada mengenai di mana saya di gelanggang politik.

“Sepertimana Pakatan Rakyat tiada lagi, saya tidak lagi bersama mana-mana parti dan mengucapkan yang terbaik bagi calon-calon yang akan bertanding pada PRU14,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana