DAP umpana cacing kepanasan...

Perhimpunan Agung UMNO menjadikan DAP umpama cacing kepanasan. Lim Kit Siang terus membuat posting dalam facebooknya mengecam Najib kerana dalam ucapanya di perhimpunan itu mendakwa Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.

Manakala YB Lim Lip Eng ahli Parlimen Segambut hari ini buat laporan polis atas kenyataan Presiden UMNO bahawa DAP adalah parti anti Melayu dan Islam. Kenyataan itu kononnya dibuat semasa Najib menggulung di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Sebenarnya apa yang tersirat ialah kedua dua malaon ini khususnya DAP amat resah kerana sejak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat, mereka sukar mendapatkan sokongan orang Melayu. PAN, PPBM apatah lagi PKR memang tidak boleh di harap.

Lim Kit Siang mempertikaikan sumber Presiden UMNO yang mendakwa dia mahu menjadi Perdana Menteri. Tetapi dia jangan lupa, satu ketika dulu apabila kecoh dalam media bahawa DAP mahu menjadikan orang Kristian sebagai Perdana Menteri, DAP terus membuat penafian.

Tiba tiba tanpa disangka, muncul Razali Abdul Rahman bekas ahli DAP membuat laporan polis bahawa dakwaan itu benar. Dia sendiri hadir bersama dalam pertemuan paderi paderi yang turut di hadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong  YB Jeff Oii. Razali adalah orang Melayu yang menjadi orang kanan Lim Guan Eng. Dia adalah pakar perang saraf DAP yang dihantar berlatih di German.

Hingga ke hari ini DAP tidak berani saman Razali bahkan Razali mendakwa dia ditawarkan RM1 Juta untuk menarik balik laporan polis tersebut.

Justeru tindakan Lim Lip Eng buat laporan polis mengenai ucapan Najib tidak berguna. Kalau berani samanlah Razali. DAP sendiri tidak berani mengambil tindakan terhadap ahlinya yang sering menghina orang Melayu dan Islam. Contohnya MP Taiping Nga Kor Ming dan terbaru terhadap Zaid Ibrahim.

Zaid jelas amat biadap terhadap Sultan Selangor sehingga menyebabkan Tuanku amat murka terhadap beliau. Kes Zaid contoh DAP gunakan Melayu “screw” Melayu. Patutlah DAP tidak mengambil tindakan terhadap Superman Hew Kuan Yau yang membawa idea “Melayu Screw Melayu” tersebut.

Lim Kit Siang kata PRU ke 14 adalah peperangan antara yang benar dan palsu. Dia lantas menggunakan isu 1MDB. Kenyataan Peguam Negara Amerika Jeffs Sessians dalam satu forum (bukan mahkamah) digunakan.

Benar dan palsu? Kalau begitu kenpa guna kenyataan Jeffs Sessian yang tidak dibuktikan pun di Mahkamah Amerika. Sudah masuk tahun ketiga DOJ Amerika menyebut kes ini untuk saman sivil. Kenapa senyap hingga ke hari ini. Tiada perbicaraan. Baru mahu filing kes.

Untuk Lim Kit Siang, suka diingatkan ia bukan setakat peperangan antara yang “Benar dan palsu” tetapi bagi UMNO ialah antara yang “Hak dan bathil “. Dia sekarang bersekongkol dengan pengamal kleptokrasi sebenarnya. RM31.5 Bilion duit rakyat lesap dan tidak boleh diganti sampai bila bila kerana skandal Forex. Wang rakyat diguna untuk “bailout” PERWAJA, MAS dan syarikat perkapalan anaknya.

Kenapa dia sanggup bersekongkol dengan pengamal kleptokrasi sebenarnya ini? Kerana dia mahu menjadikan orang ini puppet yang akan membantunya menjadi Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana