DAP ibarat parti putar belit

KUALA LUMPUR: DAP ibarat parti putar belit dan sering meletakkan kesalahan pada orang lain kerana tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka lakukan.

Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, berkata banjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini menjadi contoh terbaik bagaimana kerajaan DAP cuba mengalihkan isu sehingga mengelirukan rakyat negeri berkenaan.

"Saya lihat DAP kuat kerana banyak perkara dan isu yang dibangkitkan, mereka berani putar belit sehingga banyak masyarakat, terutama kaun Cina tidak mengetahui isu itu adalah benar atau tidak.

"Seperti di Pulau Pinang, apa yang dilaksanakan oleh DAP dan kerja itu salah, mereka letak kesalahan pada orang lain, mereka tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.

"Sebagai contoh, tanah runtuh, banjir teruk dan bukit-bukit digondolkan sehingga ada yang mengatakan DAP ini adalah 'Developer Action Party'," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Anda Tanya, Kita Jawab: Diskusi UMNO-Online bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Bicara santai selama sejam, disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan YouTube itu turut menampilkan bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman dan dikelolakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, berkata tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempolitikkan isu bantuan banjir amat tidak wajar.

"Saya masih ingat Guan Eng menangis merayu meminta bantuan daripada kerajaan Pusat mengenai banjir yang berlaku namun apa yang berlaku selepas itu, beliau hentam balik kerajaan kononnya bantuan tidak sampai.

"Guan Eng juga amat biadap kerana sebelum ini dalam satu ucapannya, beliau pernah mengatakan Pulau Pinang bebas mengadakan pesta arak kerana negeri itu bukan Taliban. Dua minggu selepas itu, berlaku tanah runtuh dan banjir besar," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana