“Bukan Abang Saya, Rafizi Dah Silap Besar!”- Rahman

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan mengancam untuk menyaman naib presiden PKR, Rafizi Ramli kerana mendakwa abangnya menerima kontrak untuk menganjurkan “Ekspo Negaraku”.

Rahman, yang menyelia penganjuran Ekspo Negaraku berkata, Rafizi sudah tersilap besar kerana menyebabkan “kecelaruan identiti”.

“Saya dimaklumkan bahawa Rafizi hari ini mengadakan sidang akhbar untuk menuduh saya melantik ‘abang’ saya sebagai kontraktor Ekspo Negaraku.

“Rafizi telah melakukan silap besar, Raslan Dahlan bukanlah ahli keluarga saya. Rafizi berniat jahat,” katanya menerusi satu siri tweet.

Rahman juga telah mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan kekeliruan tersebut, petang tadi.

Awal hari ini, Rafizi telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar di blognya yang bertajuk: “Pengorganisasian Ekspo Negaraku diuruskan oleh sebuah syarikat milik abang Rahman Dahlan.”

Salah satu pemegang saham Pico Integrated Exhibits Sdn Bhd, yang menguruskan ekspo tersebut, kebetulan mempunyai nama yang sama dengan ADUN Kota Belud tersebut iaitu Raslan Dahlan.

Kenyataan Rafizi bagaimanapun telah ditarik semula. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana