Azwan akui rezeki tersekat kerana ikut Azmin

Adik Menteri Besar Selangor, Azwan Ali  mendakwa rezeki beliau tersekat ketika mengikuti abangnya  berkempen sebagai pembangkang.

Pada masa sama beliau berkata apa yang diceritakan kepada umum adalah perkara benar tanpa berselindung.

“Saya memang kritik Azmin Ali. Beliau tidak jujur lagi-lagi dalam hal keluarga.

“Saya tak takut. Saya cakap benda betul. Kerana dia saya tak dapat apa-apa ‘kerja’. Sebelum ini saya bersama dia berkempen.

“Tapi, apa saya dapat. Sebab tu saya sebak bila cerita kepada wartawan masa sidang media sebelum ini,” ceritanya.

Pada Rabu lalu, Azwan membuat kemunculan bersama Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Mohd Yunus  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berikrar untuk menjahanamkan Datuk Seri Azmin Ali.

Jelasnya, sikap abangnya itu membuatkan Azwan sudah tidak mampu berdiam diri lagi.

“Selama bersama Azmin, apa kerja yang saya dapat? Semua  sekat saya. Sebab saya bersama pembangkang.

“Sekarang, saya tak boleh senyap lagi. Tindakan dia melampau,” kata selebriti kontroversi itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana